Piala Dunia: Senarai Negara Berjaya Lolos Ke Pusingan 32
Kejohanan Piala Dunia 2026 kini semakin menghampiri ke babak yang seterusnya apabila lebih 10 negara telah layak ke pusingan 32 atau kalah mati.
Sebaik sahaja peringkat kumpulan berakhir, tumpuan akan segera beralih ke pusingan 32 yang merupakan format baharu dalam edisi kejohanan kali ini.
Pusingan tersebut akan bermula pada Ahad depan (28 Jun) hingga 3 Julai. Seterusnya, pasukan yang layak akan masuk ke pusingan 16.
Mungkin ada yang belum sempat mengikuti keputusan semasa perlawanan yang berlangsung, justeru berikut SK kongsikan senarai negara yang layak ke pusingan 32.
1. Mexico
Merupakan tuan rumah bersama Amerika Syarikat, Mexico menjadi pasukan pertama yang mara ke peringkat ini. Pasukan itu berjaya mendahului Kumpulan A selepas menewaskan Afrika Selatan dan Korea Selatan.
Negara itu akan bertemu pasukan tempat ketiga dari Kumpulan C,E,F, H atau I dalam pusingan 32 di Bandar Raya Mexico pada 30 Jun.
2. Amerika Syarikat
Pasukan yang dikendalikan oleh Mauricio Pochettino ini mara dengan kejayaan selesa menentang Paraguay dan Australia dalam kumpulan D.
Kemenangan Paraguay ke atas Turkiye pada hari yang sama mengesahkan pasukan itu sebagai juara kumpulan.
Mereka akan menentang pasukan tempat ketiga dari Kumpulan B,E,F,I atau J pada pusingan 32 nanti yang dijadual berlangsung di Kawasan Teluk San Francisco.
3. Jerman

Walaupun tewas 1-2 kepada Ecuador dalam perlawanan terakhir kumpulan E, Jerman sudah menjamin tempat mereka dalam fasa kalah mati.
Pasukan itu telah mencapai kemenangan ke atas Curacao dan Ivory Coast, sekaligus berjaya menjadi juara kumpulan.
4. Argentina
Argentina mara dengan bergaya hanya melalui dua perlawanan hasil kemenangan 3-0 ke atas Algeria dan 2-0 menentang Austria.
Kekalahan Jordan kepada Algeria pada hari yang sama bermakna juara bertahan itu disahkan sebagai juara Kumpulan J dan kini akan bertemu naib juara Kumpulan H dalam pusingan 32 di Miami pada 3 Julai.
5. Perancis
Pemenang 2018 dan finalis 2022 ini menempah tiket mereka keluar dari Kumpulan I dengan baki satu perlawanan hasil jaringan Kylian Mbappe.
Penyerang prolifik itu menjaringkan dua gol dalam setiap kemenangan ke atas Senegal dan Iraq.
6. Norway
Setelah menunggu selama 28 tahun untuk kembali ke Piala Dunia, pasukan Stale Solbakken itu tidak dapat mara ke peringkat Kumpulan I dengan mudah apabila mereka menewaskan Iraq dan Senegal.
7. Colombia
Kemenangan berturut-turut dalam perlawanan pembukaan menentang Uzbekistan dan Republik Demokratik Congo memberikan anak buah Nestor Lorenzo itu laluan selamat ke pusingan 32.
8. Switzerland

Murat Yakin membimbing pasukannya meraih tujuh mata daripada tiga perlawanan Kumpulan B mereka, dengan kemenangan ke atas Kanada dalam perlawanan terakhir.
Kejayaan itu sekali gus menempah tiket ke pusingan 32 menentang pasukan tempat ketiga dari Kumpulan E,F,G atau J di Vancouver pada 2 Julai.
9. Kanada
Tuan rumah bersama ini berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B dan mereka kini akan bertemu naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan, pada 28 Jun di Los Angeles.
10. Brazil
Juara lima kali itu menduduki tempat teratas dalam kumpulan C dengan kejayaan 3-0 menentang Scotland.
Mereka akan bertemu naib juara Kumpulan F di Houston pada 29 Jun.
11. Maghribi
Pasukan ini menamatkan saingan sebagai naib Kumpulan C dengan kemenangan 4-2 ke atas Haiti dan akan bertermu pemenang kumpulan F Monterrey pada 29 Jun.
12. Bosnia dan Herzegovina
Pasukan Eropah ini disahkan sebagai antara pasukan kelayakan tempat ketiga terbaik beberapa jam selepas kejayaan 3-1 mereka menenatng Qatar.
Ia sekaligu memastikan mereka menamatkan saingan dengan empat mata dalam Kumpulan B.
13. Afrika Selatan
Pasukan ini menemah tempat mereka dalam fasa kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.
Mereka bangkit daripada kekalahan pada hari pembukaan kepada Mexico dengan seri dalam perlawanan menentang Czechia.
Selain itu, mereka juga menewaskan Korea Selatan.
14. Ivory Coast

Ivory Coast berjaya menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E dengan kemenangan ke atas Ecuador dan Curacao.
Mereka akan bertemu dengan naib juara Kumpulan I dalam pusingan 32 di Dallas ada 30 Jun.
15. Ecuador
Pasukan Amerika Selatan ini memastikan mereka menduduki tempat ketiga dengan menewaskan Jerman 2-1 dan berjaya mara ke pusingan 32.
Sebelum ini, mereka tewas kepada Ivory Coast dan seri tanpa jaringan dengan Curacao.
16. Belanda
Pasukan kendalian Ronald Koeman ini menduduki tempat teratas Kumpulan F selepas kemenangan ke atas Sweden dan Tunisia susulan keputusan seri pembukaan menentang Jepun.
Mereka akan berdepan Maghribi dalam pusingan 32 terakhir di Stadium Monterrey pada 29 Jun.
17. Jepun

Pasukan itu akan berdepan perlawanan mencabar menentang juara Kumpulan C, Brazil, dalam agenda seterusnya di Houston pada 29 Jun.
Kemaraan mereka ke pusingan 32 berlaku selepas menduduki tempat kedua kumpulan F.
18. Sweden
Anak buah Graham Potter ini yakin akan mara sebagai salah satu daripada lapan pasukan terbaik di tempat ketiga selepas seri dengan Jepun dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.
Sebelum ini, mereka berjaya meraih kemenangan ke atas Tunisia dan kemudian mengalami kekalahan teruk kepada Belanda.
