Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Secara umumnya, manusia yang normal disarankan untuk tidur sebanyak lapan jam sehari. Tidur yang mencukupi mempengaruhi kesihatan dan kehidupan seharian seseorang.
Namun begitu, pernahkah anda mengalami masalah sukar tidur atau insomnia sehingga memberikan kesan buruk terhadap kesihatan anda? Badan anda menjadi lesu dan sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Oleh itu, seorang pengguna media sosial Tiktok di akaun @nicputra berkongsi cara untuk membuatkan seseorang mengantuk dan mudah untuk tidur. Tips ini sememangnya sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah insomnia.
Menurut Nic, terdapat dua cara berkesan yang boleh dibuat setiap hari bagi mereka yang mengalami masalah ini.
Buat jarak dengan 3 jari, kemudian urut selama 5-10 minit. Anda mestilah lakukannya di kedua-dua belah tangan.
Picit bahagian ibu jari bahagian dalam tangan selama 5-10 minit. Anda juga perlu lakukan cara tersebut di kedua-dua belah tangan.
Mudah kan? Sekiranya anda sukar untuk tidur, bolehlah cuba cari ini dengan mengikut video di bawah. Semoga bermanfaat!
Sumber: Tiktok Nic Putra