Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Pimpin Kakak Masuk Kelas..,” Kisah Adik Dulu Tak Suka Kakak Tapi Kini Dia Jaga Kakak Istimewa Di Sekolah

Foto: Udey Ismail
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang mamikul. Itulah umpamaan bagi sesetengah ibu bapa yang ‘berperang’ dengan emosi hanya kerana memiliki anak istimewa.

Namun, bagi pasangan suami isteri ini, mereka tidak pernah rasa terbeban malah jauh sekali membandingkan anak-anak normal yang lain dengan anak istimewa mereka. Kisah yang dikongsikan oleh Udey Ismail menerusi laman Instagramnya telah membuatkan ramai yang tersentuh hati.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh dengan penceritaannya mengenai anak-anaknya. Inilah dugaan ibu bapa membesar anak istimewa khasnya anak autisme.

Mesti antara korang kat sini membesar dengan adik, kakak, abang yang istimewa kan, waktu kecik kita belum faham, even aku sendiri pon membesar dengan seorang abang yang istimewa, macam mana aku rasa, mungkin Indra akan rasa satu hari nanti terhadap kakak dia.

“Dia tak sayang kakak sebab…”

Pernah dia cakap dengan aku, dia tak sayang kakak, lepas tu aku tanya balik.

Ayah : kenapa Indra tak sayang kakak? Indra : Sebab kakak tak boleh cakap. Ayah : Bukan akak tak boleh, mungkin ambik masa, kalau la kakak tak boleh cakap, kat syurga nanti pasti kakak cakap, kalau jaga kakak, Allah akan bagi kita syurga tau, kakak ni special, indra pon special juga, kalau indra jaga kakak dengan baik, satu hari dekat pintu syurga nanti, kakak tarik kita masuk.

“Dia rasa diri kosong, kakak tak pernah menyapa dia…”

Dia rasa diri kosong, sepanjang dia membesar, kakak tak pernah nak menyapa dia, nak gurau dengan dia, sedangkan orang lain boleh, tapi kakak dia tidak, sebab dia blum faham apa yang akak lalui.

Bila ada anak normal selalu kena pesan, takut dia terasa hati, kenapa kakak di lebihkan, selalu kena remind, bila dah faham dia selalu cakap “Hagia have autism”.

Apa yang jadi pada aku ni ada banyak hikmah sebenarnya, seperti aku ckp, rezeki aku dalam bentuk masa, masa selalu jek dengan anak-anak, lagi satu, aku dh tak ada apa lagi yang aku nak kejar, so masa membesarkan anak jek la sekarang ni.

Sumber: Udey ismail