Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pintu Mesin Basuh Terkunci? Ini Cara Mudah Untuk Baiki

Iqbal Yasir
pintu mesin basuh terkunci
Gambar: TikTok@hairulvcool

Pintu Mesin Basuh Terkunci? Ini Cara Mudah Untuk Baiki

Mesin basuh adalah satu peralatan elektrik yang wajib ada di setiap rumah. Kehadiran mesin ini mampu mengurangkan beban membasuh pakaian.

Walau bagaimanapun, mesin basuh yang telah digunakan dalam tempoh lama kebiasaannya akan mula ‘meragam’dengan timbulnya pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi, ia kerap digunakan.

Dalam satu perkongsian video oleh Hairul di akaun TikTok miliknya @hairulvcool menunjukkan salah satu masalah yang sering berlaku pada mesin basuh jenama Toshiba dan cara menanganinya.

Menurut Hairul, masalah yang dihadapi oleh mesin itu adalah masalah pintunya terkunci yang berpunca daripada masalah door lock.

Pintu Mesin Basuh Terkunci, Mudah Je Ikuti Langkah Ini

Pesan Hairul, sekiranya mana-mana pengguna mesin basuh yang mengalami masalah ini,anda dinasihatkan tidak menarik (rentap) secara kasar pintu tersebut kerana ia boleh menyebabkan door lock patah. Sebaliknya ikuti langkah yang diberitahunya di bawah ini.

BACA: Bukan “Rock”, Ini Maksud Isyarat Tangan Tunku Azizah

“Mesin basuh yang terkunci macam ni disebabkan dekat sini ada door lock. Jadi, door lock dia dah rosak tak boleh nak buka.

“Pintu ni terkunci, jadi jangan rentap. Kalau rentap, patah. Jadi untuk jenama Toshiba, anda boleh gunakan teknik macam ini,” katanya. dalam klip berkenaan.

Gambar: TikTok@hairulvcool

Langkah-langkah

Pertama, tarik sedikit pintu mesin basuh dan biarkan ia mempunyai ruang terbuka.

Kedua, lihat pada celahan tepi kanan dan kiri pintu mesin basuh, yang mempunyai lubang skru.

Gambar: TikTok@hairulvcool

Ketiga, buka skru yang terdapat pada lubang itu dengan menggunakan screwdriver dan angkat pintu mesin sedikit.

Keempat, tolak bahagian mesin basuh yang dicabut skru sama ada kiri ataupun kanan dan lihat pada door lock.

Kelima, setelah membuka bahagian tersebut, tanggal door lock menerusi dua cara yang boleh digunakan iaitu tanggalkan skrunya atau tolak butang di dalamnya. Siap!

Gambar: TikTok@hairulvcool

Untuk penerangan yang lebih jelas boleh tonton video di bawah, semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @hairulvcool

BACA JUGA: Memorandum Jemaah Menteri Berkenaan Rangkaian Kedua 5G Disedia Dalam Masa Terdekat – Fahmi