Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

PKR Belum Terima Permohonan Rasmi Tengku Zafrul Sertai Parti – Dr Fuziah
PUTRAJAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz untuk menyertai parti itu setakat ini.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini, susulan kenyataan yang dimuat naik oleh Tengku Zafrul di laman sosial peribadi beliau.
“Untuk makluman, semua permohonan keanggotaan parti KEADILAN dilakukan melalui kaedah memohon secara atas talian.
“Setiap permohonan akan melalui proses biasa, di mana selepas permohonan dibuat secara atas talian, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan rakan didalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” maklumnya.
Semalam, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan UMNO.
Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Tengku Zafrul berkata keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja bukan sesuatu yang mudah.
“Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
“Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan dari sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari YAB Presiden sendiri.
“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.
“Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian,” ujarnya.
Sumber: PKR