Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Adakan Perjumpaan Dengan Ahli Parlimen BN

Sofea
pm anwar bn
Kredit: Bernama

PM Anwar Adakan Perjumpaan Dengan Ahli Parlimen BN

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.

Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.

Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.

Pengamal media telah ‘berkampung’ sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.

Sumber: Bernama

BACA JUGA: Anwar Akan Tekan Kepentingan Multilateralisme, Orde Dunia Inklusif Pada Sidang Kemuncak BRICS