Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, sektor tenaga dikenal pasti sebagai antara bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi, termasuk menghargai ketetapan Rusia dalam memberikan kerjasama jangka panjang berkaitan bekalan tenaga dan minyak.
“Mereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal,” menurut kenyataan itu yang dikongsi menerusi Facebook rasmi hari ini.
Selain itu, perbincangan tersebut turut melibatkan usaha memudah cara pergerakan rakyat antara kedua-dua negara melalui pemansuhan visa.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak juga meneroka mekanisme untuk memperluas perdagangan serta pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan iaitu ringgit dan ruble.
“Kerajaan MADANI akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk melalui kerjasama antarabangsa yang mampu menjamin kestabilan, kesinambungan dan daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat serta kemakmuran negara,” menurut kenyataan itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun.