Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Sifatkan Pemergian Abu Bakar Abd Hamid Kehilangan Besar Dunia Akademik

PEMERGIAN
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

PM Anwar Sifatkan Pemergian Abu Bakar Abd Hamid Kehilangan Besar Dunia Akademik

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih atas pemergian tokoh akademik dan sarjana negara, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang meninggal dunia pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai antara figura penting dalam dunia persuratan Melayu serta memainkan peranan besar dalam sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut beliau, Allahyarham yang juga pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) merupakan seorang ilmuwan yang banyak berjasa kepada dunia pendidikan negara.

Anwar yang mengakui dirinya antara anak murid kepada Allahyarham turut menyifatkan kehilangan itu sebagai satu kehilangan besar buat dirinya secara peribadi.

“Kami amat menyayangi dan menghormati beliau, bukan sahaja sebagai seorang guru tetapi juga sebagai insan yang cintakan ilmu serta sentiasa memberi dorongan kepada semua.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan mengurniakan tempat yang mulia buat rohnya,” katanya.

Allahyarham Abu Bakar, 87, yang berasal dari Johor dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 malam pada 21 Jun lalu di kediamannya di Petaling Jaya selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UM pada tahun 1987 selain memegang peranan sebagai Setiausaha Bersama Jawatankuasa Penubuhan UKM pada tahun 1968.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Isnin lalu.