Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini.
Sebak kenang pemergian Tun Dr Siti Hasmah
Menerusi perkongsian video di Instagram, Siti yang tampil mengenakan jubah serba hitam dilihat menitiskan air mata ketika berdiri di sisi Allahyarhamah.
Dalam rakaman sama, pelantun lagu ‘Cindai’ itu turut sempat memberikan ciuman terakhir kepada Allahyarhamah sebagai tanda penghormatan dan kasih.
Siti kemudian dilihat menyantuni Tun Dr Mahathir Mohamad serta bersalaman dengan bekas Perdana Menteri itu dalam suasana penuh hiba.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, memandangkan jasa dan sumbangan Allahyarhamah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya.
“Innalillahi wainnailaihiroji’un. Al-Fatihah.
“Saddiq Dan Bella Tak Dapat Tunaikan Hajat Tun...” Syed Saddiq Kenang Pertemuan Terakhir Dengan Tun Dr Siti Hasmah
“Kami Masih Terkejut” Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq, Minta Batalkan PC Hari Ini
Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Pagi Ini
Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Untuk Tun Dr Siti Hasmah - PM Anwar
Tun Dr Siti Hasmah Dikebumikan Di Pusara Negara
“Saya menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, memandangkan jasa dan sumbangan Tun Dr. Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat berkenaan.
Menurut Siti Nurhaliza, Allahyarhamah merupakan seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun.

