Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Terima Warkah Dari Agong, Maklumkan 8 Ahli Parlimen UMNO Tarik Sokongan Kepadanya

Gambar: Bernama

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima satu warkah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam.

Menurutnya, warkah tersebut telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat lapan orang Ahli Parlimen dari UMNO telah menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya.

Didalam warkah tersebut Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam perlembagaan persekutuan kepadanya.

“Perkara 43 (2) (a) iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan jemaah menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu.

“Perkara 43 (4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya

Ekoran daripada itu beliau menyatakan bahawa beliau telah dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi hari ini.

“Dalam majlis mengadap pagi ini saya telah menyembah maklum Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan dengan itu, perletakan jawatan saya dibawah perkara 43 4 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya.

Sumber: BERNAMA