Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Tiba Di IJN Petang Ini, Dilaporkan Lawat Tun M

Gambar via Twitter

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menurut laporan wartawan lokasi Astro Awani, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan tiba di IJN kira-kira jam 5.35 petang tadi untuk melawat bekas perdana menteri berkenaan.

Beliau dilihat hadir di perkarangan IJN dengan kenderaan jenis Toyota Vellfire putih, diiringi beberapa jentera pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat ini, keadaan kesihatan Tun M masih belum dapat dikenalpasti. Pun begitu, pihak IJN memaklumkan bahawa satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Fareez Azman