Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PM UK Keir Starmer Umum Letak Jawatan
Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, mengumumkan peletakan jawatannya selepas memegang jawatan itu kurang daripada dua tahun, susulan tempoh pentadbiran yang dicemari beberapa perubahan dasar serta kemerosotan ketara dalam sokongan rakyat.
Dalam ucapan penuh emosi di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street pada Isnin (22 Jun), Starmer berkata setiap keputusan yang dibuatnya adalah demi kepentingan negara.
"Setiap keputusan yang saya ambil adalah demi mengutamakan negara yang saya cintai. Atas sebab itu, saya akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh," kata beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa proses pemilihan pemimpin baharu Labour Party akan dimulakan pada Julai.
Menurut Starmer, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih, yang dijangka mengambil alih jawatan tersebut pada September.