Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Bayaran Di Selat Hormuz Selama 60 Hari, AS Mungkin Kenakan Caj Selepas Itu - Trump

trump hormuz
Gambar: AFP

Tiada Bayaran Di Selat Hormuz Selama 60 Hari, AS Mungkin Kenakan Caj Selepas Itu - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran atau tol akan dikenakan ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz sepanjang tempoh gencatan senjata selama 60 hari.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa AS mungkin akan mengenakan bayaran pada masa hadapan sekiranya tiada perjanjian muktamad berjaya dicapai selepas tempoh tersebut.

Menerusi hantaran di platform media sosial Truth Social pada Sabtu, Trump berkata sebarang bayaran selepas tempoh 60 hari itu adalah sebagai pampasan terhadap peranan AS dalam memastikan keselamatan negara-negara di Timur Tengah serta laluan perkapalan di rantau berkenaan.

Menurutnya, bayaran itu bertujuan mendapatkan semula kos yang telah dan akan ditanggung AS sekiranya rundingan gagal dimuktamadkan.

"Tiada sebarang tol akan dikenakan... melainkan ia dikenakan oleh dan untuk Amerika Syarikat," tulis Presiden AS itu menerusi platform media sosial miliknya, Truth Social.

Kenyataan Trump dibuat selepas Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran mengumumkan bahawa Selat Hormuz akan ditutup, dengan mendakwa tindakan itu diambil susulan pelanggaran komitmen oleh AS serta dakwaan Israel melanggar perjanjian gencatan senjata di Lubnan.

Namun, Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menolak dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pasukan tenteranya masih berada dalam keadaan bersedia bagi memastikan semua syarat perjanjian dipatuhi.

CENTCOM turut memaklumkan bahawa trafik perkapalan di Selat Hormuz masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Jurucakap CENTCOM, Kapten Tim Hawkins, turut menegaskan bahawa Iran tidak mempunyai kuasa untuk mengawal Selat Hormuz.

"Iran tidak mengawal Selat Hormuz," katanya.