Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Umum Senarai Kabinet Baharu 11 Pagi Esok, Angkat Sumpah Isnin Ini

Gambar Via Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan akan mengumumkan senarai Kabinet baharu pada jam 11 pagi esok dan angkat sumpah pula akan dijalankan pada Isnin ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan dikongsikan oleh Bernama dalam ciapan ringkas sebentar tadi.

Seperti yang dilaporkan pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Kabinet baharu dari Perdana Menteri di Kuantan, Pahang, tengah hari tadi.

Sumber: Bernama