Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2024 – YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Singgah Santai@PNM yang dilaksanakan secara hibrid di Aras 10, Menara PNM dan bersiaran langsung menerusi PNM TV Channel.
Program yang dilaksanakan secara tahunan ini sangat signifikan sebagai platform penting dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berbudaya membaca atau ‘Reading Society’ di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya memelihara kesejahteraan ekosistem alam sekitar, bersesuaian dengan tema yang diangkat untuk program kali ini iaitu ‘Lestari Biodiversiti Ke Arah Masyarakat Harmoni’.
Menurut YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KPN dalam ucapannya berkata “Program Singgah Santai @PNM ini bukan sahaja menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi, mendekati dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PNM, malah ia berupaya merangsang perkembangan minda dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat selain merakyatkan perpustakaan serta menjadikan amalan membaca satu budaya yang mencerminkan kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. Maka, sangat tepatlah slogan PNM iaitu ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’.”

Menariknya hari ini pelbagai aktiviti didik hibur telah diadakan bagi memeriahkan program seperti program/aktiviti interaktif kanak-kanak bersama keluarga, bicara santai, pertandingan busana, Sand Art, Petting Zoo, gegelung ilmu, memancing ikan comel, memanah, pameran jabatan/agensi, gerai jualan buku dan gerai jualan keusahawanan dan banyak lagi.
KPN percaya program sebegini, lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur mengimarahkan gedung ilmu bukan sahaja untuk menyertai aktiviti tetapi juga untuk meneroka maklumat melalui penyediaan bahan bacaan bercetak serta melalui kemudahan mengakses pangkalan data dan melalui buku-buku elektronik yang boleh dipinjam secara dalam talian.

Selain itu, program ini dapat menerapkan dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan komuniti setempat serta dapat membentuk rakyat yang bertamadun dan berdaya saing.