Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pokok Tumbang Pulau pinang
Gambar: JBPM Pulau Pinang

Pokok Tumbang Dan Banjir Kilat Di Pulau Pinang

Iqbal Yasir

Pokok Tumbang Dan Banjir Kilat Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 17 Sept (Bernama) — Hujan lebat dan angin kencang selama beberapa jam sejak awal pagi hari ini di Pulau Pinang telah menyebabkan puluhan pokok tumbang dan kawasan rumah dilanda banjir kilat.

Hujan lebat melanda negeri itu sejak pukul 5 hingga 9 pagi hari ini, namun setakat pukul 1 tengah hari, tiada penduduk yang dipindahkan atau pusat pemindahan sementara (PPS) di buka.

Pokok tumbang dilaporkan berlaku di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru, Balik Pulau, Tanjung Bunga, Penaga dan Butterworth.

Kawasan dilanda banjir kilat pula melibatkan Permatang Rawa, Perda, Bayan Lepas dan Nibong Tebal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata dua lelaki dan seorang wanita yang sarat hamil nyaris maut selepas kedua-dua kereta mereka ditimpa pokok tumbang dalam kejadian berasingan di Jalan Paya Terubong, Relau dan Jalan Siram, Butterworth.

BACA JUGA: Boleh Merebak Melalui Sentuhan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mpox

Jurucakap itu berkata dalam kejadian di Relau yang berlaku kira-kira 8.46 pagi, dua lelaki menaiki sebuah kereta sedang melalui kawasan berkenaan sebelum sebatang pokok sebesar satu pemeluk dewasa tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan mereka.

Kedua-dua lelaki itu sempat keluar dari kereta dan menyelamatkan diri, manakala dalam kejadian di Jalan Siram, seorang wanita berjaya diselamatkan selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian 8.30 pagi, tambah beliau.

“Wanita berkenaan yang memandu kereta jenis Honda Civic berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Selain itu, pihak bomba turut menyelamatkan dua wanita orang kurang upaya (OKU) berusia lingkungan 50-an selepas rumah mereka di Jalan Bayan Kechil, dekat sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Mereka terkandas dalam rumah selepas air memasuki kediaman penduduk di situ kira-kira 60 sentimeter dan pihak bomba membawa kedua-duanya ke tempat selamat, kata beliau.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Semangat Murid ‘Istimewa’ Peraga Baju Tema Merdeka Undang Sebak Netizen