Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Berjaya Berkas Lelaki Ketuk Kereta Guna Topi Keledar

Syed Faisal Sayed Muhammad
Lelaki ketuk kereta guna topi keledar
Kredit Sinar Harian

Polis Berjaya Berkas Lelaki Ketuk Kereta Guna Topi Keledar

Seorang lelaki yang dilaporkan terlibat dalam kejadian mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar di Jalan Pokok Assam Tambahan berjaya ditahan polis, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditahan sekitar jam 8.45 malam tadi di kawasan Pokok Assam.

Penahanan suspek telah dibuat oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Suspek merupakan seorang penganggur ditahan susulan video tular, Isnin lalu. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas melibatkan kenderaan terlibat.

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kertas siasatan kini dalam proses untuk dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

BACA: Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Suspek kini direman selama empat hari

Menurut Razlam, suspek kini direman selama empat hari sehinga hari Ahad ini. Suspek disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat.

Sebelum ini, polis cuba mengesan suspek yang dilaporkan bertindak agresif dengan merosakkan pintu sebuah kereta.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas antara suspek yang menaiki motosikal dengan mangsa yang menaiki sebuah kereta.

Siasatan dilakukan polis selepas menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan. Selain itu, video insiden yang berdurasi 42 saat juga telah tular di media sosial.

Ajal Ketika Baiki Kerosakan Pencawang, Juruteknik Maut Disengat Tebuan

Seorang juruteknik dilaporkan meninggal dunia dipercayai angkara disengat oleh tebuan ketika melakukan kerja baik pulih di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Kulim, Kedah, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mangsa dikenali Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika sedang menerima rawatan di Hospital Kulim.

Menurut Mohd Redzuan, ekoran kejadian itu, polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh rakan mangsa pada jam 3.30 pagi tadi.

Sumber: Sinar Harian