Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

BERNAMA
remaja perempuan hilang ipoh
Kredit Gambar: Bernama

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

IPOH, 20 Feb (Bernama) -- Polis meminta orang ramai mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Jan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata remaja berkenaan, Kawsara Bibi Mohamad Noor berbadan kurus dan beralamat di Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril dekat sini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Bukit Merah di talian 05-3210925," katanya dalam kenyataan hari ini.