Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Nafi Insiden Lelaki Dibaham Harimau Di Simpang Pulai

wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati

IPOH, 10 Feb (Bernama) — Polis Perak menafikan laporan berhubung dakwaan kononnya seorang lelaki telah dibaham harimau di Simpang Pulai di sini seperti yang tular di laman Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata semakan dengan Ketua Polis Daerah Ipoh mendapati dakwaan itu tidak benar dan gambar yang tular juga merupakan gambar lama.

“Saya ingin menafikan perkara ini tidak benar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau ditanya mengenai gambar tular di laman Facebook menerusi perkongsian oleh ‘Pembalak Kelate’ yang memaparkan satu rangka manusia telah ditemukan di Pos Raya, Jalan Simpang Pulai menuju Cameron Highlands.

Justeru, Mior Faridalatrash berkata perbuatan yang menggusarkan orang ramai itu perlu dihentikan dan tindakan tegas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia akan diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab menyiarkannya.

Sumber: BERNAMA