Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Pahang Sahkan Seorang Ketua Polis Daerah Ditahan SPRM

Iqbal Yasir
Ketua Polis Ditahan SPRM
Gambar: Bernama

Polis Pahang Sahkan Seorang Ketua Polis Daerah Ditahan SPRM

KUANTAN, 6 Jun (Bernama) — Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota,” katanya menerusi kenyataan ringkas di sini hari ini.

BACA JUGA: Polis Sahkan Suspek Menyamar Polis Di Lebuhraya Utara Selatan Telah Ditahan

SPRM difahamkan akan membuat permohonan reman terhadap pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu esok.

Pegawai kanan itu difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta dari tahun 2017 hingga 2022, dikatakan bagi melindungi pusat hiburan daripada tindakan penguatkuasaan.

Sumber: BERNAMA