Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Wanita Terjatuh Jejambat I-City
Gambar: BERNAMA

Polis Sahkan Wanita Terjatuh Jejambat Berhampiran I-City

Hannah

Polis Sahkan Wanita Terjatuh Jejambat Berhampiran I-City

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) — Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.17 petang memaklumkan insiden seorang wanita terjatuh di kawasan berkenaan.

“Sejurus maklumat diterima, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis terus menghala ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita yang tidak dikenal pasti warganegaranya dalam keadaan terbaring di atas jalan raya.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Shah Alam,” katanya menerusi kenyataan.

Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh daripada jejambat itu ke atas jalan raya serta turut dilanggar oleh kenderaan awam.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shaharuddin di talian 013-3736222.

Terdahulu tular di media sosial rakaman berdurasi 24 saat memaparkan seorang wanita terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

BACA: Perkhidmatan ETS Dari Stesen Segamat Bermula Hari Ini – KTMB

BACA: Aidilfitri: Senarai Lokasi Kamera AwAS Sepanjang Lebuhraya PLUS

BACA: Lelaki Maut Digilis Lori, Dilanggar Beberapa Kenderaan Lain

Sumber: BERNAMA