Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
lelaki maut digilis lori
Gambar: IPD Muar

Lelaki Maut Digilis Lori, Dilanggar Beberapa Kenderaan Lain

Iqbal Yasir

Lelaki Maut Digilis Lori, Dilanggar Beberapa Kenderaan Lain

MUAR — Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Pasir pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 7.10 petang.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa seorang lelaki warga tempatan, 41, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Bandar Muar ke Jorak, Bukit Pasir.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama sebelum digilis oleh tayar lori tersebut.

“Pada masa yang sama, mangsa turut dilanggar oleh beberapa kenderaan lain yang melalui jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, tiada kenderaan berhenti dan menyedari kemalangan itu susulan hujan lebat.

“Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk proses bedah siasat,” kata Raiz Mukhliz.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata usaha mengesan pemandu lori terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM50,000.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian kemalangan jalan raya ini, boleh tampil ke balai polis trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu sisasatan.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati terutamanya ketika hujan,” maklum kenyataan itu lagi.

Sumber: Polis Daerah Muar

BACA: METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada

BACA: Hab Pengumpulan Kurier Di Meru Disamun, RM46,000 Dilarikan

BACA: Polis Tahan 13 Warga Nepal Cuba Merusuh Di Jalan Raya