Siakap Keli
Kurier Di Meru Disamun
Gambar: Video tular

Hab Pengumpulan Kurier Di Meru Disamun, RM46,000 Dilarikan

Hab Pengumpulan Kurier Di Meru Disamun, RM46,000 Dilarikan

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) — Sebuah hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier di Meru, Klang mengalami kerugian RM46,000 selepas disamun tiga individu bertopeng serta bersenjatakan parang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata kejadian berlaku pada 12.26 tengah hari semasa petugas sedang mengira wang tunai, apabila sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dinaiki tiga suspek bersenjatakan parang serta bertopeng tiba di hab berkenaan.

“Suspek kemudiannya melarikan wang tunai RM46,000, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun berkawan menggunakan senjata, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pengawai penyiasat Insp Fazlan Rezza dengan menelefon 011-10561017.

Sumber: BERNAMA

BACA: WWE Lancar Tali Pinggang Kejuaraan Legasi Bola Sepak Eropah

BACA: Warga Emas Ditemukan Maut, Dipercayai Dibunuh

BACA: Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah Warga Asing Di Sepang

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.