METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak.
Amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri berkenaan diramal dalam tempoh Selasa, 18 Mac sehingga Khamis, 20 Mac ini.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu,” maklum kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02Pv4uhPXQhmJA8R8RpVovEdeDfgKyukvqy4ifNrcccXoaVJfxoruNM5SUHZiqnAUTl
Sebelum ini, Bernama melaporkan. banjir di Sabah pulih dan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan DSP Dun Banir telah ditutup pada 9 pagi ini.
“Kesemua tujuh orang daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya,” menurut kenyataan itu
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia