Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
polis siasat pecah amanah
Gambar: Bernama

Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

Iqbal Yasir

Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat empat kes pecah amanah membabitkan kutipan zakat bernilai RM9.7 juta sepanjang tahun 2023, lapor Bernama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, dua daripada kes berkenaan adalah di Selangor dan dua lagi masing-masing di Terengganu dan Perak.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9.6 juta dan dalam kes ini, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat bermula Mac 2023 hingga September 2023.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, ia amat mendukacitakan apabila wang zakat turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang itu,” katanya.

BACA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Tambahnya, wang kutipan zakat sepatutnya diuruskan dengan baik agar ia dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” maklumnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain dalam sidang media hari ini memaklumkan, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu berhubung kenyataan mereka berkaitan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Jelas Suhaily, beliau menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu kes itu memandangkan ia masih dalam siasatan pihak polis.

“Polis mengingatkan kepada orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan kegentaran awam serta keselamatan negara,” katanya.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: BERNAMA