Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mayat insiden tembakan HSA
Gambar: BERNAMA

Polis Siasat Insiden Tembakan, Mayat Ditinggalkan Di HSA

Hannah

Polis Siasat Insiden Tembakan, Mayat Ditinggalkan Di HSA

JOHOR BAHRU, 4 Julai (Bernama) — Polis sedang menyiasat insiden tembakan di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mayat lelaki yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata mayat dengan kesan tembakan itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, kira-kira 1.40 pagi sebelum semakan padanan cap jari mendapati mangsa berumur 42 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan hospital berkenaan mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh dua individu menaiki kereta berwarna gelap yang sedang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa yang mempunyai empat rekod jenayah lampau akibat beberapa kesan tembakan di dada dan perut.

Beliau berkata terdahulu pada 12.12 tengah malam semalam, telah berlaku insiden serangan dipercayai bermotifkan samun di kawasan stesen minyak berkenaan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang telah menyerang kumpulan lelaki lain bersenjatakan pistol, hingga menyebabkan tembakan dilepaskan.

BACA: KKM Semak Semula Proses Lantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Perkemas Aspek Kelayakan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menahan tiga suspek, iaitu dua lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia 30 hingga 40 tahun di kawasan Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 7 malam hari yang sama.

“Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, buku lesen pemilikan senjata dan peluru, kelopak peluru berisi enam butir peluru bersaiz 9 milimeter, sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam serta beberapa kelongsong peluru,” katanya.

Kumar berkata seorang daripada suspek yang ditahan bekerja sebagai pengawal peribadi dan siasatan awal mendapati individu berkenaan memiliki lesen pemilikan senjata, namun siasatan lanjut berhubung status pemilikan senjata itu sedang dijalankan.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kaitan mangsa dan suspek yang terlibat dengan kedua-dua insiden berkenaan. Kita juga sedang mengesan suspek lain yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata insiden yang berlaku merupakan kes terpencil dan sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke talian Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan di 07-2212999.

BACA: JKM Sedia Ambil Alih Penjagaan Kanak-Kanak Jadi ‘Mangsa’ Teman Lelaki Ibu – Nancy

Sumber: BERNAMA