Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Lelaki Dalam Pesawat Dipercayai Terlibat Kegiatan Along

Nur Syahirah Zainoor Hisham
lelaki pesawat along
Kredit: Sinar Harian via TikTok

Polis Tahan Lelaki Dalam Pesawat Dipercayai Terlibat Kegiatan Along

JOHOR BAHRU, 23 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan Along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.

Beliau berkata penahanan itu adalah susulan daripada tangkapan empat individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sama sebelum ini.

“Penahanan lelaki terbabit yang berjaya dikesan berada di dalam sebuah pesawat sebaik tiba di lapangan terbang terbabit dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Terdahulu, video berdurasi 12 saat memaparkan pihak polis menjalankan tugas bagi mengesan lelaki itu di dalam sebuah pesawat tular di aplikasi TikTok.

BACA: Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Sumber: Bernama