Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Polis Tahan Lima Individu
Kredit: Bernama

Polis Tahan Lima Individu, Rampas Dua Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Sempadan Bukit Kayu Hitam

Athirah

Polis Tahan Lima Individu, Rampas Dua Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Sempadan Bukit Kayu Hitam

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira 6 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.

“Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand. Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.

“Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.

Razarudin sebelum ini memaklumkan bahawa ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISBH dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh termasuk dipaksa bekerja menjual barang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.

BACA: Cuti Hanya Sehari, Lelaki Maut Selepas Bekerja 104 Hari

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber: Bernama