Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Pemandu E-Hailing Disyaki Pukul Penumpang Dengan Kerusi Lipat

Syed Faisal Sayed Muhammad
polis tahan pemandu
Kredit BERNAMA

Polis Tahan Pemandu E-Hailing Disyaki Pukul Penumpang Dengan Kerusi Lipat

KUANTAN, 20 Dis (Bernama) — Polis menahan seorang pemandu e-hailing disyaki memukul penumpangnya seorang wanita warga China yang juga penuntut sebuah universiti di negara ini, menggunakan kerusi lipat.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 7.15 malam semalam, selepas hadir membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

“Polis turut merampas kerusi lipat yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Punca kejadian dipercayai kerana suspek mendengar mangsa menutup pintu kereta dengan kuat selepas menurunkan mangsa di sebuah hotel,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Zahari berkata suspek juga didapati mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

BACA: Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul beberapa kali menggunakan kerusi lipat oleh seorang pemandu e-hailing pada 6.20 pagi, Sabtu lepas (16 Dis) sehingga mengalami kecederaan pada jari, tangan dan muka.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku semasa dia dan seorang rakan wanita menggunakan kenderaan e-hailing itu untuk pulang ke hotel dari sebuah lokasi pelancongan di sini.

Sumber: BERNAMA