Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PPA Asia 1000 Kuala Lumpur Cup Buka Tirai Esok

PPA Asia 1000 Kuala Lumpur

Beberapa pemain pickleball profesional yang bakal beraksi dalam PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 kini sudah tiba di Kuala Lumpur.

Kehadiran mereka turut memeriahkan aktiviti menjelang kejohanan yang bakal membuka tirai di The Hood, Kuala Lumpur, mulai esok.

Kejohanan berkenaan akan berlangsung selama lima hari dari 9 hingga 13 September, menghimpunkan pemain antarabangsa serta bakat tempatan dalam saingan pickleball profesional dan amatur.

PPA Asia 1000 Kuala Lumpur Buka Tirai Esok

PPA Tour Asia sendiri membawa pemain antarabangsa dan barisan pemain terbaik Asia untuk beraksi dalam kejohanan profesional, selain memberi peluang kepada pemain baharu untuk turut bertanding.

Malaysia juga bakal diwakili beberapa pemain tempatan, sekali gus memberikan peluang kepada peminat menyaksikan aksi mereka menentang pemain dari luar negara.

Bukan sekadar menyaksikan perlawanan, pengunjung juga boleh berkunjung ke Pickletown yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk peminat, keluarga dan pemain.

Antaranya termasuk jualan peralatan pickleball, pakaian, makanan, permainan interaktif serta pelbagai aktiviti gaya hidup sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagi yang mahu menyaksikan aksi dari dekat, terdapat juga pilihan tempat duduk premium Courtside Experience selain kawasan Grandstand untuk penonton.

Dengan kejohanan dijadualkan bermula esok, kehadiran pemain ke Kuala Lumpur pastinya membuatkan peminat tempatan semakin teruja untuk menyaksikan saingan PPA Asia.

Bagi yang tidak dapat hadir ke The Hood, perlawanan juga boleh disaksikan secara langsung menerusi Tonton.

Intipati
  • PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 akan bermula esok di The Hood.
  • Kejohanan lima hari itu menghimpunkan pemain antarabangsa, pemain terbaik Asia dan bakat tempatan.
  • Pengunjung boleh menikmati Pickletown, tempat duduk premium dan siaran langsung menerusi Tonton.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan