Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pentagon Didakwa Enggan Bayar Faedah Balu Anggota AS Maut Dalam Konflik Iran, Alasan “Bukan Perang”

Anggota AS Maut Iran
Kredit: The Telegraph

Keluarga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang terkorban dalam perang AS-Israel menentang Iran kini berusaha untuk memastikan merkea menerima bayaran dan faedah yang sewarjarnya untuk insan tersayang.

Pada March lalu, Mejar Alex Klinner, 33, maut selepas pesawat pengisi minyak KC-135 yang dia naiki terhempas di Iraq ketika menyokong serangan AS terhadap Iran.

Anggota AS, Alex Klinner Maut Dalam Konflik Iran

Kredit: Libby Klinner

Bagaimanapun, balunya, Libby Klinner mendakwa Tentera Udara AS menganggap dia tidak layak menerima faedah tambahan susulan kematian suaminya itu kerana Kongres AS tidak mengisytiharkan perang secara rasmi.

“Suami saya kehilangan nyawa kerana kita sedang berperang, tetapi saya kemudian diberitahu kerna ai secara teknikal bukan perang, kami tidak mendapat sesuatu (faedah) tertentu,” kata Klinner kepada media.

Sebelum ini, Klinner membuat dakwaan tersebut menerusi satu hantaran di media sosial disamping turut meluahkan kekecewaannya.

Bagaimanapun, Tentera Udara AS tampil menjelaskan bahawa cek gaji terakhir suaminya turut merangkumi elaun risiko serta pelepasan cukai berkaitan pertempuran.

Pegawai AS turut mengakui bahawa maklumat yang diberikan kepada Klinner sebelum ini adalah tidak tepat.

Menurut mereka, cek gaji terakhir Alex sebenarnya merangkumi bayaran “combat pay” berjumlah AS$225 (RM946) sebulan, namun bayaran tersebut disenaraikan secara tidak tepat.

Bayaran berkenaan juga tidak bergantung kepada pengisytiharan perang secara rasmi.

Kredit: Libby Klinner

“Pengalaman ini menyedarkan saya betapa sukarnya bagi keluarga yang sedang berduka untuk memahami klasifikasi, istilah dan proses kerajaan, terutama ketika kami berada dalam keadaan paling sukar untuk menghadapinya.

“Tiada keluarga Gold Star sepatutnya perlu menjadi pakar dalam bahasa pentadbiran kerajaan semata-mata untuk memahami hak mereka yang layak terima.

“Alex faham risiko yang datang bersama tugasnya sebagai anggota tentera dan beliau percaya bahawa sekiranya perkara terburuk berlaku, keluarganya akan mendapat pembelaan dan penjagaan yang sewajarnya,” ujarnya.

Kelayakan anggota tentera AS untuk menerika pelbagai bayaran bergantung kepada beberapa faktor, termasuk penugasan dan lokasi bertugas.

Secara praktikalnya, gaji mereka boleh berubah beberapa kali dalam setahun, sekali gus menimbulkan kekeliruan atau kesilapan.

“Saya mahu usaha untuk memastikan setiap keluarga yang berdepan dengan kehilangan mendapatkan penjelasan dari awal diberi tumpuan.

“Perkara ini perlu dipastikan dengan betul supaya keluarga yang ditinggalkan bukan sekadar perkara sampingan, ia sebahagian dari cara khidmat dan pengorbanan merkea dihormati,” kata Klinner.

Sementara itu, Pentagon berkata pihaknya terus berkabung atas kehilangan Alex dan pegawai-pegawai kerajaan yang telah berhubung dengan keluarganya bagi mengesahkan bahawa mereka menerima faedah yang sepatutnya.

“Kami komited untuk menyesiakan sokongan jangka panjang kepada isteri dan anak-anak Mejar Klinner,” kata pegawai pertahanan AS, Anthony Tata, dalam satu kenyataan.

Kredit: Libby Klinner

Sementara itu, Naib Presiden AS, JD Vance berkata pihaknya mahu membantu sedaya upaya dan memastikan Klinner mendapat haknya.

“Mesej saya kepada dia, 'kami menyayangi andam kami berterima kasih atas pengorbanan anda dan kami benar-benar mengambil serius komitmen untuk memastikan anda mendapat apa yang diperlukan,” ujar Vance.

Vance menolak penggunaan perkataan perang untuk menggambarkan operasi AS di Iran, dengan menyatakan “tiada pertempuran aktif” berlaku.

Walaupun Presiden AS, Donald Trump, berulang kali menyifatkan operasi ketenteraan AS terhadap Iran sebagai perang, beliau menyokong kenyataan Vance pada Jumaat dengan mengatakan serangan AS berlaku secara “berkala”.