Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Prabowo Akan Tarik Diri Dari Lembaga Keamanan Jika Tiada Manfaat Untuk Palestin

Prabowo Akan Tarik Diri Dari Lembaga Keamanan
Kredit: Kompas.com

Prabowo Akan Tarik Diri Dari Lembaga Keamanan Jika Tiada Manfaat Untuk Palestin

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akan menarik diri daripada Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekiranya penglibatan itu tidak membawa manfaat kepada rakyat Palestin, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh kerajaan Indonesia.

Bekas jeneral itu berdepan kritikan yang semakin meningkat daripada kumpulan Muslim selepas keputusannya menyertai lembaga tersebut.

Menurut kenyataan agensi komunikasi kerajaan pada Jumaat, Prabowo memaklumkan kepada pemimpin beberapa kumpulan Muslim tempatan minggu ini bahawa penyertaan Indonesia dalam Lembaga Keamanan itu bertujuan untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Gaza.

Namun, beliau menegaskan bahawa Indonesia akan menarik diri daripada lembaga tersebut sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada rakyat Palestin atau tidak selari dengan kepentingan nasional negara.

Perkara itu dipetik melalui kenyataan Hanif Alatas daripada Barisan Persaudaraan Islam.

“Presiden berkata bahawa jika beliau melihat tiada lagi manfaat untuk Palestin dan ia tidak selari dengan kepentingan nasional Indonesia, maka beliau akan menarik diri,” kata Hanif.

Dalam satu kenyataan bulan ini, badan ulama tertinggi negara itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI), turut menggesa kerajaan Indonesia menarik diri daripada lembaga berkenaan kerana menyifatkannya sebagai tidak berkesan dalam merealisasikan keamanan sebenar di Palestin.

Prabowo sebelum ini menghadiri mesyuarat sulung Lembaga Keamanan itu di Washington bulan lalu dan berjanji untuk menghantar 8,000 anggota tentera pengaman ke Gaza di bawah Pasukan Penstabilan Antarabangsa.