Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Puji Ketegasan Prabowo Pada Mesyuarat Sulung Lembaga Keamanan
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempat memberi pujian kepada Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, dalam ucapannya pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan pada Khamis, lapor Kumparan.
Beliau mengakui sangat menyukai Prabowo kerana ketegasannya. Malah Trump berseloroh menyatakan tidak mahu berdepan dengan pemimpin nombor satu Indonesia itu.
"(Prabowo) seorang lelaki yang sangat saya sukai. Dia benar-benar tegas. Saya tidak mahu melawannya," ucapnya sewaktu mesyuarat berkenaan di Donald J. Trump U.S. Institute of Peace, Washington DC.
Trump juga menyifatkan Prabowo sebagai seorang yang hebat kerana mampu memimpin sebuah negara dengan jumlah yang besar.
"Presiden Prabowo dari Indonesia, terima kasih banyak. Percayalah, beliau seorang yang hebat.
"Saya bertanya, berapa jumlah penduduk Indonesia? Beliau menjawab, sekitar 240 juta orang.
"Saya berkata, tidak, tidak, ulang sekali lagi, berapa banyak? Ini sebuah negara yang besar, dan Prabowo melakukan tugas yang hebat serta dihormati oleh semua orang.
"Terima kasih banyak kerana hadir di sini. Terima kasih banyak, Tuan Presiden," katanya kepada Prabowo.
Semalam, Indonesia dilantik sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).
Perkara itu diumumkan oleh Mejar Jeneral, Jasper Jeffers pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan.
"Saya telah menawarkan dan Indonesia telah menerima jawatan Timbalan Komander bagi ISF," katanya.