Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Prabowo Mahu Hidup 1,000 Tahun Lagi Demi Lihat Indonesia Maju

Prabowo
Kredit: Kompas.com

Prabowo Mahu Hidup 1,000 Tahun Lagi Demi Lihat Indonesia Maju

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto meluahkan harapan untuk hidup lebih lama demi menyaksikan kejayaan Indonesia. Beliau turut memetik karya “Pertemuan” oleh Anna Mathovani bagi menggambarkan hasratnya untuk hidup sehingga 1,000 tahun lagi.

Memetik Kompas.com, Prabowo menyatakan hasrat tersebut ketika merasmikan pembangunan 13 projek hilirisasi fasa kedua di Cilacap, Jawa Tengah pada Rabu lalu.

“Saya ingin hidup seribu tahun lagi kerana saya ingin melihat Indonesia jaya, rakyat Indonesia makmur, Indonesia dihormati, dibanggakan oleh bangsa-bangsa lain,” katanya.

Prabowo turut mengarahkan jajarannya supaya sentiasa memantau perkembangan program hilirisasi ini secara berterusan dan memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan yang tepat, matematik dan terukur.

“Tiada kepentingan lain. Yang paling efisien, yang menguntungkan rakyat, itu yang perlu dilaksanakan. Kita mesti menjadi raksasa yang tidak tidur, kita mesti menjadi raksasa yang bangun, dan kita akan bangun menjadi negara yang hebat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Danantara Indonesia, Rosan Roeslani berkata 13 projek tersebut merupakan fasa kedua selepas fasa pertama melibatkan enam projek di 11 lokasi pada 6 Februari 2026.

Beliau menjelaskan bahawa program hilirisasi penting kerana ia menjadi antara pemacu utama dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, memandangkan Indonesia kaya dengan sumber alam yang boleh dimanfaatkan melalui proses pengolahan dalam negara.

Danantara turut merancang fasa seterusnya yang akan melibatkan lebih banyak projek, dengan sasaran keseluruhan sebanyak 30 projek hilirisasi.

Difahamkan, projek-projek ini dijangka dapat meningkatkan nilai tambah industri, memperkukuh sektor pembuatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sumber:Kompas.com