Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Prabowo Perintah Gunung Sampah Di 34 Bandar ‘Dicuci’ Jadi Tenaga Elektrik
JAKARTA — Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan masalah timbunan sampah di kebanyakan bandar besar di negara itu diselesaikan dan ditukarkan kepada sumber tenaga elektrik, lapor CNBC Indonesia.
Wakil Menteri Pertanian (Wamentan), Sudaryono berkata, terdapat 34 bandar termasuk Bantar Gebang, Bekasi, Jawa Barat berdepan isu timbunan sampah berkenaan.
Menurut Sudaryono, Prabowo komited dan tidak memandang remeh isu berkenaan yang dianggap sebagai “bom waktu” yang sedang menggunung di kawasan bandar-bandar tersebut.
“Di Bantar Gebang sahaja sudah terdapat 55 juta tan sampah. Jika berlaku runtuhan, ia boleh mengancam keselamatan banyak kampung di sekitarnya.
“Ini bukan lagi isu bau busuk, tetapi ancaman terhadap nyawa manusia. Oleh itu, beliau mengarahkan masalah sampah di 34 bandar besar diselesaikan dalam tempoh 2 tahun.,” katanya pada Isnin.
Tambah Sudaryono, kos pembiayaan bagi menangani masalah timbunan sampah di Indonesia bukan hanya bergantung kepada bajet kerajaan (APBN).
Sehubungan itu, Danantara, sebuah institusi pelaburan tempatan yang baru ditubuhkan telah diarahkan oleh Prabowo untuk berperanan dalam membangunkan kilang pemprosesan sampah moden.
“Teknologinya sangat canggih. Sampah akan diproses menjadi tenaga elektrik. Sisa yang dahulunya dianggap masalah, kini menjadi sumber tenaga,” ujar Sudaryono.
https://www.instagram.com/sudaru_sudaryono/?utm_source=ig_embed&ig_rid=3b0a5894-cbf2-4a59-aa6e-bb50fc633dcf
Sebelum ini, Prabowo telah memutuskan bahawa Bahasa Portugis akan diajarkan di sekolah-sekolah di seluruh Indonesia.
Keputusan itu diumumkan oleh Prabowo di hadapan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang berkunjung ke Istana Negara, di Jakarta pada Khamis.
Menurut Detik.com, soal bahasa merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dalam pertemuan bilateral tersebut.
Prabowo juga menegaskan keputusan itu diambil seiring dengan kedudukan Brazil yang merupakan rakan dagang penting kepada Indonesia.
“Sebagai bukti bahawa kami melihat Brazil sebagai rakan kami yang sangat penting, saya telah memutuskan bahawa Bahasa Portugis akan menjadi salah satu bahasa utama dalam disiplin pendidikan Indonesia,” katanya
Sumber: CNBC Indonesia