Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Iran, Dua Pegawai Pimpin Peralihan Kuasa Sementara Selepas Kematian Khamenei

Presiden Iran
Kredit: AFP

Presiden Iran, Dua Pegawai Pimpin Peralihan Kuasa Sementara Selepas Kematian Khamenei

RABAT, 1 Mac (Bernama-TASS) -- Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan akan memimpin negara secara sementara selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), yang memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa.

Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei telah terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Beliau telah syahid selepas serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu.

Sumber:BERNAMA