Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dilapor Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sesak Nafas

Sofea
Gambar via Bernama/Zahid Hamidi

Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam ini selepas dilaporkan sesak nafas.

Berita itu telah dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut perkongsiannya itu, Tuan Guru Abdul Hadi kini dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Tuan Guru Abdul Hadi.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Sumber: Zahid Hamidi