Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc Dilapor Letak Jawatan
HANOI — Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dilaporkan meletakkan jawatan selepas beberapa hari khabar angin mendedahkan beliau bakal dipecat, maklum media kerajaan semalam.
Memetik AFP, difahamkan perletakan jawatan itu berlaku selepas beberapa menteri lain dilaporkan turut dipecat di tengah-tengah langkah anti-rasuah di negara itu
Perletakan Phuc secara tiba-tiba merupakan satu langkah drastik buat negara berkenaan.
BACA JUGA: Ketahui Apa Itu Petrichor, Aroma Istimewa Dapat Dihidu Ketika Hujan
Sementara itu, dua timbalan perdana menteri turut dipecat pada bulan ini selepas langkah pembersihan rasuah dalam kalangan kakitangan. Langkah tersebut membawa kepada penahanan puluhan pegawai lain.
“Phuc telah menyerahkan perletakan jawatan itu selepas diamanahkan, beliau berhenti dan bersara.
“Phuc mengambil tanggungjawab politik sebagai pemimpin apabila beberapa pegawai termasuk dua timbalan Perdana Menteri dan tiga menteri terlibat dalam pelanggaran dan kepincangan dalam struktur pentadbiran yang serius,” kata Agensi berita negara VNA.
Untuk makluman, Nguyen Xuan Phuc telah memegang jawatan Perdana Menteri Vietnam sejak tahun 2016 hingga 2021 sebelum dilantik sebagai Presiden.
Terdahulu, kerajaan Vietnam telah menutup pintu masuk penerbangan selama hampir dua tahun akibat pandemik sebelum dibuka semula pada Mac 2022.
Langkah tersebut pada awalnya mendapat pujian antarabangsa atas usaha dalam membendung wabak berkenaan sehingga proses vaksinasi dilakukan secara meluas.
Tambahan lagi, dianggarkan hampir 800 penerbangan sewa telah dilaksanakan oleh kerajaan itu sebagai alternatif membawa pulang rakyatnya di lebih 60 negara dan wilayah.
Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan caj tambang dan kuarantin yang terlalu tinggi sebaik sahaja mereka tiba.
Menurut Kementerian Keselamatan Awam, nilai tersebut mampu mencecah puluhan ribu dolar daripada setiap penerbangan bagi penghantaran pulang pada tahun lalu.
Hal ini membangkitkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial berhubung tajaan yang dilaksanakan tersebut. Difahamkan, sebuah syarikat separa swasta terlibat dalam membekalkan barangan perubatan berhubung Covid-19 yang terlalu mahal.
Hasil daripada penipuan itu, syarikat berkenaan telah memperolehi sekitar RM 745.6 juta dengan RM147.3 juta disalurkan kepada pegawai.
BACA JUGA: Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara
Sumber: AFP