Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN NS: PN Setuju Rundingan Agihan Kerusi Tanpa Libatkan Bersatu - Ahmad Samsuri

prn
Gambar: BERNAMA

PRN NS: PN Setuju Rundingan Agihan Kerusi Tanpa Libatkan Bersatu - Ahmad Samsuri

SEREMBAN, 16 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini meluluskan rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membabitkan parti-parti dalam gabungan itu, iaitu PAS, Wawasan, Gerakan dan Malaysian Indian People Party (MIPP).

Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mesyuarat itu turut bersetuju supaya semua calon gabungan itu menggunakan lambang ‘Perikatan Nasional’ pada PRN Negeri Sembilan.

“Bagi PRN Negeri Sembilan, penyertaan sejumlah calon PN yang akan diumumkan hari ini adalah bagi membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri serta mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Samsuri turut menjelaskan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak pada peringkat awal telah dilaksanakan dengan pengetahuan serta kebenaran beliau selaku pengerusi PN.

Beliau berkata perkara itu juga telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Bersatu tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi PN bagi PRN, termasuk berhubung isu kerjasama dengan Barisan Nasional.

Susulan itu, Bersatu memutuskan untuk bergerak solo dan menggunakan logonya sendiri bagi pilihan raya negeri berkenaan.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

Sumber:BERNAMA