Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Program Semarak@Muzium Sungai Lembing Bawa Pengunjung Dengan Aktiviti Menarik

program semarak@muzium sungai lembing

Program Semarak@Muzium Sungai Lembing Bawa Pengunjung Dengan Aktiviti Menarik

Sungai Lembing, 28 September 2024 – Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Sungai Lembing telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Semarak@Muzium Sungai Lembing yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara pada 28 September 2024 di pekarangan Muzium Sungai Lembing.

Penganjuran Program Semarak@Muzium Sungai Lembing ini merupakan program kemasyarakatan berkonsepkan muzium bersama komuniti yang menjadi platfrom strategik dan usaha progresif pihak Jabatan dalam mengangkat dan memartabat pelbagai warisan tradisi, seni, budaya, serta sejarah negara khususnya di Sungai Lembing.

Penganjuran program ini turut bermatlamat memperkukuh perpaduan nasional rakyat berbilang kaum dan etnik sekaligus meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi tonggak kekuatan identiti negara Malaysia.

Tema Muzium & Pendidikan dipilih untuk sambutan Semarak @Muzium Sungai Lembing tahun 2024, kerana muzium dan Pendidikan merupakan dua entiti yang saling melengkapi antara satu sama lain terutama untuk pembentukan sahsiah pelajar dan jati diri individu.

program semarak@muzium sungai lembing

Muzium adalah institusi yang berupaya menyalurkan pendidikan sejarah dengan efektif menerusi kaedah dan material bersesuaian dalam mempelbagaikan proses penyampaian maklumat dan memberi pendidikan kepada pelajar dan masyarakat tentang perkembangan yang berlaku di persekitaran secara positif.

Muzium Sungai Lembing juga turut menganjurkan satu pameran sementara yang akan dibuka kepada para pengunjung bermula dari 28 September sehingga 25 Disember 2024 iaitu Pameran Foto Pai Naa. Pameran ini akan membawa pengunjung menelusuri masa menerusi koleksi foto yang diambil sekitar Sungai Lembing pada awal tahun 1940-an oleh Nona Baker.

Koleksi foto ini akan menjadi tatapan umum buat pertama kalinya apabila dibuka kepada pengunjung menerusi pameran ini. Selain itu, Muzium Sungai Lembing juga mengenengahkan experiential learning kepada pengunjung melalui aktiviti El Dorado Mining Gemstone.

program semarak@muzium sungai lembing

Pengunjung berpeluang untuk merasai kaedah perlombongan berkonsepkan palung yang dijalankan oleh pelombong suatu ketika dahulu. Pengisian berbentuk hands-on activity ini akan memberi lebih kefahaman terhadap pengunjung tentang perlombongan bijih timah yang dijalankan di Sungai Lembing satu ketika dahulu.

Program Semarak@Muzium Sungai Lembing ini manyajikan pelbagai program menarik. Fokus pengisian aktiviti berasaskan tiga segmen utama iaitu Segmen Semarak Kenegaraan, Segmen Semarak Generasiku dan Segmen Semarak Komuniti.

program semarak@muzium sungai lembing

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah pameran reruai, Demonstrasi Masakan Tradisional, Jualan Produk oleh pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti, persembahan kebudayaan, siri pertandingan seperti Eksplorasi El Dorado yang melibatkan para pelajar dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Kuantan, Pahang, Pertandingan Bercerita, dan Acara rekreasi melibatkan Komuniti seperti Fun Run and Ride. Program selama dua (2) hari ini menyasarkan kunjungan lebih kurang 3,000 pengunjung.