Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
melaka enam plaza tol
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Projek WCE: Melaka Bakal Ada Enam Plaza Tol Baharu

Sofea

Projek WCE: Melaka Bakal Ada Enam Plaza Tol Baharu

MELAKA, 9 Dis (Bernama) — Sebanyak enam pintu masuk baharu bakal diwujudkan susulan pembinaan projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) merentasi Melaka sepanjang 69 kilometer (km), sekali gus mengubah landskap sistem aliran pengangkutan negeri ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata projek WCE merentasi empat negeri dari Banting, Selangor melalui Negeri Sembilan seterusnya memasuki Melaka dan berakhir di Gelang Patah, Johor itu akan dilancarkan penghujung 2026.

Beliau berkata penambahan enam plaza tol itu akan menjadikan keseluruhan sembilan pintu masuk ke Melaka dengan tiga tol utama iaitu Plaza Tol Simpang Ampat, Ayer Keroh dan Jasin.

“Secara mata kasar, cadangan enam tol bagi jarak 69km tidak logik dengan jarak setiap tol kira-kira 11 atau 12km sahaja, namun ia alternatif terbaik sebagai penyuraian trafik yang semakin sesak di tiga pintu utama sedia ada ke Melaka, terutama di Palza Tol Ayer Keroh.

“Kesemua plaza tol ini dibina merentasi kawasan strategik bagi memudahkan pengguna luar memasuki Melaka terutama kenderaan berat,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di sini hari ini.

BACA JUGA: WCE Raih Pengiktirafan Tertinggi Di MPRA Awards 2025

Hameed berkata antara plaza tol dicadangkan ialah Plaza Tol Semabok di Melaka Tengah serta Plaza Tol Gangsa dan Plaza Tol Masjid Tanah di Alor Gajah.

Beliau berkata bagi penduduk Melaka, mereka masih boleh menggunakan jajaran baharu iaitu jalan lingkaran.

“Projek ini bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan penduduk tempatan tetapi pelancong memandangkan jaringan jalan raya dapat dimaksimumkan tanpa mengganggu aliran trafik kawasan penempatan sedia ada,” katanya.

Hameed berkata pembangunan projek mega terbabit dianggarkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk disiapkan, di samping bergantung kepada koordinasi bersama Negeri Sembilan dan Johor.

“Kita kini di peringkat akhir berkaitan jajaran tersebut dan pembentangannya akan dilakukan minggu depan sebelum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya jajaran baharu jalan lingkaran yang bakal dibina merangkumi beberapa projek utama termasuk menghubungkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah iaitu Jalan Masjid Tanah ke Sungai Udang.

“Laluan ini akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong sejauh hampir tujuh kilometer dengan kos mencecah RM300 juta,” katanya.

Sumber: BERNAMA