Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PropertyGuru: Kelestarian, Risiko Iklim dan Kebolehdiaman Kini Mempengaruhi Cara Rakyat Malaysia Menilai Kediaman

PropertyGuru

PropertyGuru: Kelestarian, Risiko Iklim dan Kebolehdiaman Kini Mempengaruhi Cara Rakyat Malaysia Menilai Kediaman

Kuala Lumpur, 8 September 2026 - Harga, saiz dan lokasi kekal sebagai antara pertimbangan utama ketika memilih kediaman, namun rakyat Malaysia kini semakin menilai sejauh mana sesebuah hartanah dan kejiranan di sekitarnya dapat menyokong kehidupan mereka dalam jangka panjang.

Menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia H1 2026, 86% rakyat Malaysia menganggap ciri-ciri lestari penting ketika membeli atau menyewa kediaman, manakala 78% mengambil kira risiko iklim ketika membeli hartanah, dengan banjir dan tanah runtuh antara kebimbangan utama. Dapatan ini menunjukkan perubahan dalam definisi kediaman ideal. Selain ciri hartanah itu sendiri, rakyat Malaysia turut mempertimbangkan aspek kelestarian, daya tahan, akses, keselamatan, komuniti dan keselesaan kehidupan seharian.

PropertyGuru

Kelestarian juga semakin menjadi pertimbangan praktikal dalam proses memilih hartanah. Kajian mendapati bahawa 93% rakyat Malaysia bersedia atau terbuka untuk membayar lebih bagi hartanah yang mempunyai ciri-ciri hijau, menunjukkan bahawa kediaman lestari semakin dilihat dari sudut keselesaan, kecekapan dan nilai jangka panjang. Bagi mereka yang sedang mencari kediaman, perkara yang dipertimbangkan boleh merangkumi kecekapan tenaga, pengudaraan, penggunaan air, kesesuaian untuk pemasangan panel solar dan akses kepada pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Daya tahan terhadap risiko iklim juga semakin mempengaruhi keputusan berkaitan hartanah. Apabila cuaca ekstrem menjadi kebimbangan yang semakin nyata, mereka yang sedang mencari kediaman mula mempertimbangkan bagaimana sesebuah kediaman dan lokasinya mungkin terjejas oleh risiko seperti banjir, tanah runtuh dan cuaca panas melampau, selain faktor seperti keadaan sistem perparitan. Pertimbangan ini dapat membantu rakyat Malaysia menilai bukan sahaja apa yang ditawarkan oleh sesebuah kediaman pada masa kini, tetapi juga kesesuaiannya untuk tahun-tahun mendatang.

PropertyGuru

Di luar hartanah itu sendiri, kualiti kejiranan turut memainkan peranan penting dalam menentukan kediaman ideal bagi rakyat Malaysia. Kajian mendapati bahawa 30% rakyat Malaysia mengutamakan infrastruktur dan kemudahan, manakala 36% mengutamakan sekuriti dan keselamatan ketika memilih hartanah. Memandangkan 52% rakyat Malaysia telah menetap di kediaman semasa mereka selama lebih daripada 10 tahun, dapatan ini mengukuhkan kepentingan memilih kediaman dan kejiranan yang dapat menyokong kehidupan seharian dalam jangka panjang.

Keperluan keluarga dan peringkat kehidupan turut membentuk keputusan ini. Ramai rakyat Malaysia tinggal bersama ahli keluarga, dengan 64% tinggal bersama pasangan, 38% bersama ibu bapa, 38% bersama anak kecil dan 21% bersama anak yang telah dewasa. Dalam kalangan mereka yang berhasrat untuk membeli hartanah, 19% menyatakan bahawa mereka berbuat demikian kerana memerlukan lebih banyak ruang untuk anak-anak atau ibu bapa, menunjukkan bahawa pilihan kediaman sering berkait rapat dengan keperluan penjagaan, perancangan keluarga dan keperluan komuniti dalam jangka panjang.

“Kediaman yang mampu memenuhi keperluan masa hadapan bukan hanya bergantung pada lokasi, saiz dan harga. Ia juga perlu mampu menyesuaikan diri dengan keperluan yang berubah mengikut fasa kehidupan dan keperluan seseorang, di samping bersedia menghadapi perubahan iklim dan risiko yang berkaitan dengannya,” kata Cécile Corda, Ketua Kelestarian, PropertyGuru Group. “Melalui Gurus For Good, khususnya menerusi fokus kami terhadap Kehidupan Lestari, PropertyGuru berhasrat menjadikan kelestarian lebih praktikal dan relevan dalam proses pemilihan hartanah. Peranan kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melihat dengan lebih menyeluruh perkara yang perlu dipertimbangkan sepanjang proses mencari hartanah, supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih termaklum.”

PropertyGuru

Laporan Kelestarian 2025 PropertyGuru menggariskan strategi kelestarian Kumpulan, yang memberi tumpuan kepada Kehidupan Lestari, Komuniti Sejahtera dan Perniagaan Bertanggungjawab. Teras Kehidupan Lestari mencerminkan komitmen PropertyGuru untuk menjadikan aspek kelestarian lebih mudah dikenal pasti dan dipertimbangkan ketika membuat keputusan berkaitan hartanah, dengan membantu pencari hartanah mempertimbangkan ciri-ciri lestari bersama faktor seperti harga, lokasi dan ruang.

Tema-tema ini diterokai menerusi Home for Tomorrow, program khas untuk media dan pencipta kandungan PropertyGuru Malaysia di Homegrown Farms, Semenyih. Pengalaman ini menghimpunkan pandangan pengguna, perspektif mengenai kelestarian, pandangan pakar dan konteks tempatan untuk meneroka apa ertinya kehidupan yang mampu memenuhi keperluan masa hadapan bagi rakyat Malaysia. Pengalaman ini menampilkan pandangan daripada Cécile Corda, Ketua Kelestarian, PropertyGuru Group; Ar. Dr. Serina Hijjas, Presiden Malaysia Green Building Council dan Principal Director Hijjas Architects + Planners; serta Ivy dan Michael Simon, pengasas Homegrown Farms, yang berkongsi perspektif berdasarkan pengalaman mereka di Homegrown Farms, sekali gus memberikan konteks tempatan kepada perbincangan mengenai komuniti, kelestarian dan kebolehdiaman dalam kehidupan sebenar.

Ketika rakyat Malaysia semakin melihat kediaman secara lebih menyeluruh, pemilihan hartanah kini bukan lagi sekadar soal transaksi, tetapi turut melibatkan pertimbangan terhadap keselesaan, kos, daya tahan terhadap perubahan iklim, keluarga, akses, keselamatan dan komuniti. Apabila pertimbangan ini semakin relevan dalam proses pemilihan hartanah, kediaman yang dipilih rakyat Malaysia hari ini boleh membentuk cara mereka hidup pada masa hadapan serta kehidupan yang ingin mereka bina.

Intipati
  • Kajian PropertyGuru mendapati 86% rakyat Malaysia menganggap ciri lestari penting dalam pemilihan kediaman.
  • Sebanyak 78% responden mengambil kira risiko iklim, termasuk banjir dan tanah runtuh.
  • Kualiti kejiranan, keselamatan dan keperluan keluarga turut membentuk keputusan pembelian hartanah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan