Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV
Gambar: Proton
Tiada Kategori
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan, Diuji Sejauh 1,100KM

Iqbal Yasir

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan, Diuji Sejauh 1,100KM

SUBANG JAYA, 13 Januari 2026 — Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu.

Model ini menandakan langkah penting buat PROTON dengan pengenalan model sulungnya Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), sekali gus menjadikannya Kenderaan Elektrik Dwi-Kuasa pertama di pasaran Malaysia.

Pengumuman pembukaan tempahan ini disusuli dengan pemanduan siaran langsung selama 25 jam selama dua hari yang menyaksikan perjalanan sejauh 1,100km dari Pulau Pinang merentasi sehingga ke Johor Bahru dan berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE) melalui Lebuhraya Utara–Selatan.

Perjalanan ini bertujuan membuktikan kecekapan penggunaan sebenar Proton e.MAS 7 PHEV, keupayaan pemanduan jarak jauh serta kesesuaiannya untuk keadaan pemanduan di Malaysia.

Pemanduan Siaran Langsung 25 Jam Membuktikan Keupayaan PHEV Dunia Sebenar, Harga Anggaran Diumumkan

Siaran langsung selama dua hari ini menampilkan hos, pakar produk, serta pempengaruh gaya hidup, teknologi dan automotif, berkongsi ulasan pemanduan, sesi soal jawab dan pandangan sepanjang perjalanan.

Perjalanan ini bermula dan berakhir di PROTON COE, dengan kenderaan dwi-kuasa yang sama menamatkan jarak keseluruhan tanpa perlu mengisi minyak atau mengecas tiba di pentas untuk pengumuman pembukaan tempahan.

Kejayaan ini menegaskan bahawa Proton e.MAS 7 PHEV mampu dipandu untuk jarak yang lebih jauh sambil kekal praktikal dan mudah digunakan dalam kehidupan seharian.

PRO-NET secara rasmi mendedahkan harga anggaran bagi model PHEV pertamanya. Proton e.MAS 7 PHEV dijangka berada dalam lingkungan RM110,000 hingga RM130,000, menawarkan pemanduan elektrik sebagai keutamaan, memastikan keselesaan dan kemudahan untuk perjalanan jarak jauh rakyat Malaysia.

Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, berkata: “Proton e.MAS 7 PHEV ialah sebuah pencapaian penting bagi Proton e.MAS apabila kami membuka tawaran dari kereta EV sepenuhnya kepada teknologi hibrid plug-in. Ia direka untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati pemanduan elektrik setiap hari tanpa risau tentang perjalanan jauh.”

“Dengan membuka tempahan selepas pemanduan jarak jauh, kami membuktikan bahawa e.MAS 7 PHEV direka untuk memenuhi keperluan pemanduan sebenar rakyat Malaysia.”

Prestasi Dwi-Kuasa, Direka untuk Jalan Malaysia

Disokong oleh teknologi PHEV terkini, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan gabungan pemanduan elektrik sebagai keutamaan dengan fleksibiliti hibrid, menjadikannya EV dwi-kuasa pertama yang direka untuk jalan raya Malaysia.

Daripada pengurusan sumber kuasa, penukaran automatik antara mod EV/Hibrid, sistem transmisi hibrid khusus 11-dalam-1 kepada Bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate) e.MAS 7 PHEV menyeimbangkan praktikaliti dan prestasi.

Rekaannya yang moden dan premium, ciri keselamatan ADAS, serta pemanduan elektrik yang senyap dan bebas pencemaran,memberikan pengalaman pemanduan lebih selesa, mudah dan penuh keyakinan sama ada untuk perjalanan harian di bandar, percutian hujung minggu, atau perjalanan jarak jauh antara negeri.

Bagi pemanduan harian, Proton e.MAS 7 PHEV bergerak dalam mod EV atau siri hibrid, di mana enjin petrol tidak memacu roda secara terus tetapi membekalkan tenaga kepada motor P1 untuk mengecas bateri atau mengalirkan elektrik kepada motor P3 yang memacu roda.

Apabila enjin petrol lebih cekap seperti memandu di lebuh raya atau mendaki cerun panjang, sistem secara automatik mengaktifkan klac supaya enjin boleh memacu roda secara terus atau bekerjasama dengan motor, P3 memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi dan praktikaliti.

Ini memastikan kecekapan dan prestasi optimum, menggabungkan kemudahan pemanduan elektrik dengan kuasa enjin petrol apabila diperlukan, sambil memberikan pengalaman pemanduan yang lancar, praktikal dan selamat, sesuai dengan gaya hidup sebenar rakyat Malaysia.

Tempahan Dibuka dan Nikmati Keistimewaan Pemilik Awal

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara.

Untuk membuat tempahan, hanya bayar yuran tempahan RM99* dan nikmati keistimewaan eksklusif pemilik awal, rebat RM500 untuk yuran tempahan.

Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV.

Lawati laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 7 PHEV.