Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PROTON Tamatkan Ekspedisi 10,000 sMILEs, Raikan Jalinan Bersama Komuniti Di Malaysia Timur

PROTON

PROTON Tamatkan Ekspedisi 10,000 sMILEs, Raikan Jalinan Bersama Komuniti Di Malaysia Timur

PROTON telah berjaya menamatkan Ekspedisi 10,000 sMILEs dengan melengkapkan perjalanan rentas sempadan merentasi Sabah, Sarawak dan Brunei yang dianjurkan bersempena Visit Malaysia 2026.

Ekspedisi ini melabuhkan tirainya semasa Perarakan Birarak Gawai Ta-ee 2026, menghimpunkan komuniti setempat, sambutan kebudayaan serta para peserta dari seluruh Malaysia Timur bagi meraikan penutup kepada satu perjalanan yang direka untuk mengeratkan hubungan bersama pelanggan di samping mempamerkan keupayaan kenderaan PROTON dalam situasi pemanduan sebenar.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Dato Sri Richard Riot Jaem, Ahli Parlimen Serian, bersama pemimpin komuniti tempatan, wakil kebudayaan, rakan pengedar, wakil media, pencipta kandungan serta orang ramai yang hadir bagi meraikan sambutan Gawai dan kejayaan menamatkan ekspedisi ini.

Perjalanan ini bermula dari Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Kota Kinabalu pada 16 Mei 2026 sebelum merentasi bandar-bandar utama, komuniti luar bandar, laluan pesisir pantai, kawasan tanah tinggi serta destinasi rentas sempadan di seluruh Sabah, Sarawak dan Brunei.

Lebih daripada sekadar konvoi pemanduan, inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang PROTON terhadap Malaysia Timur melalui penceritaan budaya, penglibatan bersama pelanggan, pengalaman pemilikan serta demonstrasi produk dalam persekitaran pemanduan sebenar yang pelbagai.

Perjalanan Berteraskan Komuniti, Budaya dan Jalinan

Berpandukan ungkapan kempen "Senyum Dulu Bah" dan "Senyum Sikit, Mok Nangga", ekspedisi ini meraikan kemesraan, keramahan serta semangat komuniti yang menjadi identiti Malaysia Timur sambil mengukuhkan hubungan PROTON dengan para pelanggan di rantau ini.

Sepanjang lima pusingan, para peserta menyertai pelbagai aktiviti di pusat jualan, pengalaman kebudayaan, lawatan ke destinasi menarik serta program bersama komuniti yang menampilkan kepelbagaian dan kekayaan budaya di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Penutup ekspedisi di Kampung Ta-ee membawa makna yang cukup simbolik apabila ia berlangsung bersempena salah satu sambutan Gawai paling meriah di Sarawak. Dikenali dengan penyertaan komuniti yang tinggi serta usaha memelihara warisan masyarakat Bidayuh, Perarakan Birarak Gawai Ta-ee 2026 menjadi latar budaya yang amat bermakna dan mencerminkan semangat sebenar Ekspedisi PROTON 10,000 sMILEs meraikan masyarakat, tradisi serta semangat kebersamaan.

Para peserta turut disajikan dengan persembahan tradisional dan pelbagai acara kebudayaan yang mengetengahkan warisan tempatan sambil menyokong inisiatif pelancongan di bawah Visit Malaysia 2026.

Membuktikan Keupayaan Kenderaan PROTON di Jalan Raya Malaysia Timur

Selain penglibatan bersama komuniti, ekspedisi ini turut menjadi platform untuk membuktikan keupayaan kenderaan PROTON merentasi pelbagai keadaan jalan raya di Malaysia Timur.

Konvoi yang terdiri daripada Proton Saga, Proton X50 dan Proton S70 merentasi kawasan bandar, komuniti luar bandar, lebuh raya pesisir pantai, laluan berbukit serta perjalanan jarak jauh antara bandar di Sabah, Sarawak dan Brunei, sekali gus mencerminkan keperluan mobiliti pelanggan yang pelbagai di rantau ini.

Sepanjang perjalanan, Proton Saga membuktikan kepraktisan, kecekapan penggunaan bahan api serta kebolehpercayaannya dalam persekitaran bandar mahupun luar bandar.

Proton X50 pula menyerlahkan gabungan prestasi, keselesaan dan versatiliti sebuah SUV sepanjang perjalanan jauh merentasi pelbagai keadaan jalan.

Sementara itu, Proton S70 mempamerkan prestasi yang mantap, keselesaan pemanduan, kestabilan serta keupayaan untuk perjalanan jarak jauh dengan memberikan keyakinan sepanjang laluan lebuh raya yang panjang.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga model tersebut berjaya melengkapkan ekspedisi dalam keadaan pemanduan sebenar, membuktikan keupayaan PROTON memenuhi pelbagai keperluan mobiliti pelanggan di Malaysia Timur.

Salah satu detik penting sepanjang ekspedisi ialah kejayaan konvoi merentasi Jambatan Batang Lupar, yang melambangkan peningkatan hubungan serta kemajuan infrastruktur di Sarawak, sejajar dengan komitmen PROTON dalam menyokong pengalaman mobiliti yang relevan dengan gaya hidup masyarakat Malaysia Timur.

Ekspedisi ini turut membuktikan bagaimana peningkatan dari segi kualiti produk, tahap kemasan, ciri keselamatan serta sokongan selepas jualan terus mengukuhkan keyakinan pelanggan seiring evolusi PROTON dalam memenuhi jangkaan pengguna yang sentiasa berubah.

Sentiasa Dekat Bersama Pelanggan di Malaysia Timur

Kejayaan menamatkan ekspedisi ini turut mencerminkan komitmen berterusan PROTON dalam memperkukuh hubungan bersama pelanggan dan komuniti di seluruh Malaysia Timur.

Kini, PROTON terus menyokong pelanggan melalui rangkaian pusat jualan dan servis yang meluas, ketersediaan alat ganti yang dipertingkatkan serta perkhidmatan selepas jualan yang terus diperkukuh, bagi memastikan pelanggan di Sabah, Sarawak dan Brunei menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan menyeluruh.

"Kejayaan menamatkan Ekspedisi PROTON 10,000 sMILEs membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar jarak perjalanan yang berjaya ditempuhi," kata Dato' Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

"Ia melambangkan penghargaan kami kepada para pelanggan dan komuniti di seluruh Malaysia Timur yang terus memberikan kepercayaan kepada jenama PROTON. Selain mempamerkan keupayaan kenderaan kami dalam keadaan pemanduan sebenar, ekspedisi ini turut memberi peluang untuk meraikan masyarakat, budaya serta destinasi unik di Sabah dan Sarawak, di samping mengukuhkan komitmen jangka panjang kami dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik serta hubungan yang lebih erat bersama pelanggan di rantau ini."

Kejayaan menamatkan Ekspedisi 10,000 sMILEs menandakan berakhirnya satu perjalanan yang berjaya menghubungkan komuniti, meraikan kepelbagaian budaya tempatan serta membuktikan keupayaan kenderaan PROTON merentasi antara laluan pemanduan paling pelbagai di Malaysia Timur.

Pelanggan boleh mengikuti PROTON Cars Official di semua platform media sosial utama untuk mendapatkan perkembangan terkini serta maklumat mengenai inisiatif komuniti PROTON yang akan datang.