Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
proton x50

Proton X50: Jatuh Cinta Pandang Pertama Selepas Seminggu Bersama

Azmil

Proton X50: Jatuh Cinta Pandang Pertama Selepas Seminggu Bersama

Amaran keras kepada semua yang membaca artikel ini, kegagalan anda dari menahan diri membeli Proton X50 2025 adalah atas tanggungjawab sendiri.

Sebab SK baru cuba pandu uji selama seminggu, terus jatuh cinta dengan model Proton X50 baharu ni.

Bukan sahaja dari reka bentuk yang baharu tapi pengalaman pemanduan yang jauh berbeza dengan model sebelumnya.

Hari ini SK nak berkongsi pengalaman selama seminggu memandu Proton X50 baharu sejauh lebih 300km.

SK akan pecahkan kepada perkara yang SK suka dan tak suka dengan SUV ini.

Perubahan Besar Dari Model Lama

Proton X50 facelift ini mula dilancarkan pada 24 Julai 2025 dan ini adalah major facelift yang diperkenalkan Proton.

Antara perbezaan dengan model sebelum ini adalah, enjin dari 3 silinder kepada 4 silindier.

Proton X50 kini menggunakan enjin 1.5L 4 Silinder turbo (i-GT), enjin yang sama digunakan dalam Proton Saga cuma tanpa turbo.

oplus_262176

Enjin baru ini menghasilkan kuasa 181 PS dan 290Nm tork berbeza dengan sebelum ini hanya 50-177 PS dan 226-255 Nm.

Reka bentuk luaran pula berbeza di bahagian gril nampak lebih agresif dan almpu DRL tiga segmen yang lebih tirus.

Bahagian belakang pula berubah dari rupa bentuk lampu belakang yang nampak lebih sporty.

Bagi varian Flagship datang sekali dengan spoiler yang nampak lebih bergaya.

oplus_262176

Bahagian dalam kabin pula, Proton menukar skrin infotainment dari 8 inci kepada 14.6 inci lengkap dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Konsol tengah nampak lebih ringkas dengan tombol gear ditukar ke bahagian kanan belakang stereng.

Apa Yang Best?

  1. Suspension Sedap

Perkara pertama yang SK sangat puas hati adalah suspension yang ditala semula menjadi lebih serap hentakan dan pemanduan jadi lebih selesa.

Walaupun menggunakan binaan asas yang sama tapi kepakaran jurutera Proton berjaya menyesuaikan suspension ini mengikut jalan raya Malaysia.

Pemanduan jadi selesa, kurang terhentak bila langgar bonggol atau terlanggar lubang kecil.

2. Konsol Tengah Yang Kemas

Proton memindah kan tombol gear dari tengah ke tuil belakang stereng menjadiakn konsol tengah jadi sangat kemas dan minimalis.

Hanya tinggal butang hidupkan Air-Cond, Auto Air-Cond, signal kecemasan dan pemanas cermin hadapan.

Konsol tengah juga dilengkapkan dengan pengecas tanpa wayar, dua pemegang cawan dan arm-rest dengan ruang simpanan di bawah.

oplus_262176

3. Dashboard Yang Nampak Mewah

SK berpeluang memandu Proton X50 varian flagship dan dashboard varian ini hampir semua adalah soft-touch dan nampak mewah.

Dashboard pun lebih ringkas dengan tiada apa-apa butang menghiasinya kerana semuanya perlu diakses dari skrin infotainement.

oplus_262176

4. Rekaan Luaran Yang Lebih Sporty

Perubahan dari bentuk gril, lampu DRL dan lampu belakang yang lebih sporty memang berbeza dari model sebelumnya.

Walaupun rupa asas Proton X50 tu masih ada tapi dengan bagi suntikan yang lebih ‘sukan’ jadikan X50 2025 lebih menarik.

proton x50
proton x50
proton x50

5. Ruang Bawah Konsol Tengah

Ruang yang ada di bawah konsol tengah sangat luas untuk kaum hawa memuatkan beg tangan mereka.

Tak perlu lagi letak di bawah tempat duduk atau di tempat duduk sebelah.

Beg tangan saiz kecil dan sederhana cukup untuk diletakkan di ruang tersebut.

Apa Yang Tak Best?

  1. Semua Dalam Skrin Infotainemnt

Antara perkara yang SK tak suka adalah semua panel kawalan duduk dalam skrin infotainement seperti laras suhu air-cond dan laras kelajuan kipas.

Bukan itu sahaja, nak on dan off Auto Hold pun perlu dilakukan dalam skrin, dah macam kereta EV pula.

Walaupun SK suka dashboard yang kemas tapi SK masih suka panel kawalan yang ringkas dalam bentuk fizikal.

Tak perlu semuanya disumbat dalam skrin 14.6 inci walaupun skrin tu cukup besar.

proton x50

2. HIU Yang Terlalu Besar

Mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka, bagi SK skrin infotainment yang terlalu besar sehingga lebih 14 inci, susah untuk pemandu nak kawal ketika memandu seorang.

Mungkin boleh bagi skrin yang sedikit kecil lepas ni bagi memudahkan pemandu ubah sesuatu dari dalam skrin.

Sebab macam SK katakan tadi semua panel kawalan duduk dalam skrin, jadi pemandu akan tetap perlu akses skrin besar tu ketika memandu.

Kesimpulan

SK boleh katakan Proton X50 2025 ini adalah facelift terbaik berbanding model sebelum.

Proton berjaya naik taraf dari segi prestasi enjin, suspension, rupa bentuk luar dan dalam yang cukup menawan.

Proton X50 bermula dengan harga RMM85,800 varian Executive, RM97,800 varian Premium dan RM109,300 untuk varian Flagship.

Untuk harga bawah RM110,000, Proton X50 adalah SUV segmen B yang sangat berbaloi di pasaran.

Tahun ini juga berdasarkan data.gov.my, Proton X50 kekal tersenarai dalam carta 10 teratas kereta paling popular di Malaysia.

Lebih 24,000 buah Proton X50 didaftarkan setakat 30 November 2025.