Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
telusuri sejarah saga

Telusuri Sejarah 40 Tahun PROTON Saga Jadi ‘Anak Sulung’ Automotif Nasional

Azmil

Telusuri Sejarah 40 Tahun PROTON Saga Jadi ‘Anak Sulung’ Automotif Nasional

Semalam gegak gempita laman sosial selepas Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) melancarkan dan mengumumkan harga PROTON Saga baharu.

Harga yang bermula dengan RM38,990 untuk varian Standard, RM44,990 untuk varian Executive dan RM49,990 untuk varian Premium.

Dengan pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan termasuk Apple Carplay dan Android Auto, PROTON masih mampu mengekalkan harga SAGA bawah RM50,000.

Sejarah PROTON SAGA

Generasi Pertama

PROTON Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri keempat pada ketika itu.

Saga generasi pertama adalah kerjasama dengan syarikat automotif Jepun, Mitsubishi dan dilencanakan semula dari model Mitsubishi Lancer Fiore generasi ketiga.

CARETA

Pada tahun 1990, PROTON Saga memasuki bab kedua dengan ia dikenali sebagai Saga Megavalve.

Saga Megavalve dikenalkan bersama penambahbaikan pada bahagian enjin dengan teknologi Megavalve.

Ia lebih responsif dan lebih jimat minyak dari Saga yang sebelumnya.

Bab terakhir untuk generasi pertama ini adalah Saga Iswara yang diperkenalkan dengan rekaan lebih moden.

Lampu depan dan belakang yang baharu mengangkat Iswara sebagai kereta paling popular sebagai teksi pada era 90-an hingga awal 2000-an.

PROTON juga mencatat jualan yang tinggi kerana harganya mampu dimiliki oleh kebanyakkan lapisan masyarakat.

Saga generasi pertama ini telah berjaya memulakan industri automotif nasional dan menaikkan jenama PROTON ke banyak negara.

Generasi pertama ini dikeluarkan selama 23 tahun sehingga tahun 2008.

Generasi Kedua

Masuk ke tahun 2008, PROTON memperkenalkan Saga generasi kedua yang dikenali sebagai Base Line Model (BLM).

Platform Saga BLM ini direka sendiri oleh PROTON dan bukan lagi dari Mitsubishi.

Sudah pasti, generasi kedua lebih besar, lebih selamat dan lebih moden pada tahun itu.

Carsome

Pada tahun 2010, PROTON memperkenalkan model facelift yang dikenali sebagai Saga FL dan Saga FLX pada tahun 2011.

Kedua-dua model facelift ini lebih segar kerana diberikan suntikan kosmetik untuk mengikut peredaran rupa bentuk semasa.

telusuri sejarah saga
wikipedia

Saga BLM, FL, dan FLX juga menjadi model antara paling laris dalam sejarah PROTON dan masih lagi banyak dilihat di atas jalan sehingga kini.

Generasi Ketiga

Pada tahun 2016, PROTON perkenalkan pula generasi ketiga yang mula menggunakan enjin 1.3L VVT dengan paltform yang diperkemas.

Saga generasi ketiga ini mempunyai kualiti binaan yang telah dinaik taraf dan memberikan pemanduan yang lebih stabil.

Saga generasi ketiga ini menerima model facelift pada tahun 2019 dan ini adalah Saga pertama yang diperkenalkan dalam era PROTON dan Geely.

telusuri sejarah saga
telusuri sejarah saga

Facelift yang diberikan agak signifikan dengan bahagian dalam yang lebih premium, Head Unit skrin sesentuh untuk varian Premium dan Suspensi sertq NVH yang lebih baik.

Tak berhenti setakat itu, Saga memperkenalkan facelift kedua yang dikenali sebagai Minor Change 2 (MC 2).

Penampilan MC2 dipertingkat dengan Gril Infinite Weave dan penambahbaikan keselamatan dan sistem infotainment.

Ia dilengkapkan dengan ABS, EBD, ESC lebih menyeluruh namun bergantung pada varian yang dipilih.

Generasi Keempat

Walaupun Saga serba baharu yang diperkenalkan semalam dikenali sebagai MC3 dalam kalangan netizen tapi PROTON memperkenalkan model ini sebagai generasi keempat.

Ia bukan lagi Minor Change untuk generasi ketiga. Saga baharu ini menggunakan platform yang dipertingkatkan dan dikenali sebagai Advance Modular Architecture (AMA).

Model ini diberikan rupa paras yang baharu dan lebih mengiurkan kerana bahagian depan dan belakang nampak lebih moden dan sporty.

telusuri sejarah saga
Zigwheels

Ia juga dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar Apple Carplay dan Android Auto. Antara lain yang menarik, ia juga datang dengan Inteliigent High Beam Control (IHBC).

Harga yang komeptitif dengan pesaing terdekat tapi menawarkan spesifikasi moden sangat menggoda pembeli untuk menempah.

Sebelum dilancarkan lagi, Saga baharu ini telah menerima lebih 20,000 tempahan. Ini satu indikator rakyat Malaysia dahagakan kereta yang moden dengan harga berpatutan.

Sejarah Nama SAGA

Nama PROTON Saga dipilih berdasarkan sebuah peraduan yang dianjurkan untuk menamakan kereta nasional pertama pada tahun 1983.

Pemenang ialah seorang pesara tentera, Mejar (B) Ismail Jaafar yang membawa dua maksud.

telusuri sejarah saga

Pertama adalah akronim daripada Safety, Advertisement, Greatness dan Ability. (Keselamatan, Pengiklanan, Kehebatan, Kebolehan).

Makna kedua ini dikaitkan secara meluas tapi nama PROTON Saga tidak diambil dari buah saga iaitu sejenis biji merah yang digunakan dalam permainan tradisional.

Allahyarham Ismail jaafar juga mengesahkan idea SAGA itu tercetus ketika bermainan permainan Sahibba dan bukannya dari buah tersebut.

Hadiah kperaduan tersebut, Allahyarham Ismail membawa pulang sebuah PROTON Saga baharu ketika itu.

Kesimpulan

Walaupun PROTON Saga tidak terlepas menerima kritikan dari orang ramai namun sehingga kini PROTON Saga tetap menjadi pilihan antara paling popular.

Setakat 31 Oktober 2025, 57,079 unit Saga didaftarkan meletakkan PROTON Saga kereta keempat paling popular di Malaysia tahun ini.

Walaupun beratus jenama masuk pasaran Malaysia, Saga tetap kekal menjadi anak sulung automotif nasional.

Tempah SAGA anda hari ini!