Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
ptu cipta sejarah
Kredit: Bernama

PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’

Azizah Najib

PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’

LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) — Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi sejak dianjurkan pada 1991.

Dalam sesi yang bermula pada 1.30 tengah hari tadi, beliau membuka tirai dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM atau turut dikenali sebagai ‘Toruk Makto’.

Kecekapan PTU mengendalikan pesawat dihiasi ‘livery’ Jalur Gemilang itu dan melakukan formasi mendebarkan mencuri tumpuan ribuan penonton.

BACA: LIMA’25: Kementerian Pertahanan Teliti Dakwaan Kerosakan Rumah Penduduk

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Asghar Khan yang membawa isyarat panggil (call sign) ‘Gunjiz’ beraksi di udara bersama Komander Pangkalan Udara Gong Kedak Kol Mohd Norazan Othman yang bergelar ‘Sting’.

“Dalam penerbangan selama 12 minit itu, pesawat mempersembahkan pelbagai aksi manuver luar biasa yang sebahagiannya tidak mampu dilakukan oleh pesawat pejuang lain, menggamit perhatian para tetamu tempatan dan antarabangsa yang hadir pada hari pembukaan LIMA’25,” menurut TUDM.

Kenyataan itu memaklumkan penglibatan langsung Mohd Asghar Khan ini bukan sahaja mencerminkan semangat patriotisme tetapi turut memperlihatkan komitmen kepimpinan tertinggi TUDM dalam menjulang profesionalisme, keberanian dan kecemerlangan organisasi.

Beliau yang memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat TUDM sejak 1985 juga mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat pejuang A4 Skyhawk, F-5E dan MiG-29N.

“Pasukan lain yang turut terlibat pertunjukan udara sepanjang LIMA’25 adalah Russian Knight dari Tentera Udara Russia, Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU), Pesawat GB 1 dari Akademi Penerbangan Layang-Layang, Extra 300L dari Aerotree Defence and Services.

“Sebuah lagi pesawat TUDM yang turut terlibat adalah pesawat F/A-18D Hornet,” maklum kenyataan itu

Sumber: BERNAMA