Public Bank dan iCAUR menjalinkan kerjasama bagi menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menyokong usaha negara ke arah sistem mobiliti yang lebih hijau dan mampan.
Kerjasama strategik itu diterajui menerusi kempen eksklusif Public Bank, “Go Green with Green Vehicle Financing – Paint the Town Green”, yang bertujuan menjadikan pemilikan kenderaan hijau lebih mudah diakses serta memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia.
Kerjasama tersebut hadir ketika pasaran EV di Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan pesat. Jualan EV di Malaysia meningkat lebih dua kali ganda pada separuh pertama 2026, iaitu sebanyak 106 peratus tahun ke tahun, daripada 12,733 unit kepada 26,192 unit.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menaikkan unjuran jualan kenderaan elektrik baharu (xEV), termasuk kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV), kepada 120,000 unit, yang dianggarkan menyumbang sekitar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri automotif.
Sebagai jenama kenderaan tenaga baharu di bawah Chery Group, iCAUR dilihat berpotensi menyumbang kepada perkembangan tersebut menerusi rangkaian SUV elektriknya, termasuk iCAUR 03 dan iCAUR V23.
Menggabungkan teknologi mobiliti elektrik dengan reka bentuk unik berbentuk kotak yang diinspirasikan gaya retro, iCAUR mengetengahkan pendekatan berbeza terhadap mobiliti mampan dengan menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih berani, bergaya dan menyeronokkan.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Tay Ah Lek, berkata Public Bank berbesar hati dapat bekerjasama dengan iCAUR bagi menyokong peningkatan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.
“Ketika semakin ramai rakyat Malaysia menerima penyelesaian mobiliti yang lebih hijau, kami kekal komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses menerusi penyelesaian pembiayaan yang memenuhi keperluan pelanggan yang terus berkembang.
“Kerjasama ini mengukuhkan komitmen kami dalam menyokong peralihan hijau Malaysia serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat pilihan yang mampan demi masa depan yang lebih hijau,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Mr. Men Lin Bo, berkata iCAUR percaya mobiliti elektrik seharusnya menawarkan pengalaman yang berani, bergaya dan menyeronokkan.
“Dengan falsafah ‘Born to Play’, model seperti iCAUR 03 dan V23 mencerminkan identiti pemandu moden.
“Kerjasama dengan Public Bank membolehkan kami membantu rakyat Malaysia memegang stereng dan secara literalnya ‘Paint the Town Green’,” katanya.
Menerusi kempen “Go Green with Green Vehicle Financing – Paint the Town Green”, pelanggan yang layak boleh menikmati manfaat pembiayaan eksklusif apabila mendapatkan pembiayaan bagi kenderaan hijau terpilih menerusi Public Bank.
Inisiatif itu sekali gus menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh pengguna.
Kerjasama berkenaan turut mengukuhkan komitmen Public Bank dalam menyokong peralihan hijau Malaysia menerusi pembiayaan mampan, selain menggalakkan penggunaan dan mobiliti yang lebih bertanggungjawab.
Seiring perkembangan landskap automotif Malaysia, Public Bank dan iCAUR kekal komited untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti yang lebih hijau serta menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan.

