Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
mat saleh makan nasi kerabu
Kredit: @justyn.ali via TikTok
Tiada Kategori

Puji Sedap, Mat Saleh Terus ‘Jatuh Hati’ Dengan Nasi Kerabu

Athirah

Puji Sedap, Mat Saleh Terus ‘Jatuh Hati’ Dengan Nasi Kerabu

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai budaya dan kepelbagaian etnik.

Kepelbagaian ini bukan sahaja memperkaya kehidupan masyarakat, malah turut mewarnai identiti negara dengan warisan tradisi yang pelbagai.

Setiap negeri di Malaysia memiliki makanan tradisi sendiri yang memperlihatkan keunikan rasa, bahan serta cara penyediaan yang berbeza di setiap negeri.

Seperti negeri di Pantai Timur, antara hidangan yang menjadi identiti masyarakat setempat ialah laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan banyak lagi.

“Sedap Do’oh”, Mat Saleh teruja pertama kali makan nasi kerabu

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Australia menjadi tular di media sosial apabila berkunjung ke sebuah kedai makan untuk membeli laksam dan nasi kerabu.

“Kita beli laksam lagi sebab saya suka sangat dan nasi kerabu, nampak sedap untuk sarapan pagi,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @justyn.ali, nasi kerabu yang lengkap dengan ayam madu, sambal budu, telur masin dan ulam membuatkan lelaki ini tidak sabar untuk merasai hidangan tersebut.

@justyn.ali yang fasih berbahasa Melayu memberitahu itu adalah pertama kali dia ingin mencuba makan nasi kerabu.

Sebaik sahaja memasukkan suapan pertama ke dalam mulut, dia menunjukkan tanda isyarat sedap.

Dalam masa sama, dia turut memuji kelazatan ayam yang dipilihnya dan mengakui nasi kerabu itu menjadi lebih enak sekiranya dimakan dengan cara begitu.

“Sedap, sedap do’oh! Saya suka sangat. Ayam ni sedap. Isteri saya cakap gaul macam ni lagi sedap,” ujar @justyn.ali lagi.

Menerusi ruangan kapsyen, lelaki ini memaklumkan bahawa dia akan merindui makanan seperti itu apabila pulang ke Australia nanti.

Video berkenaan mendapat 679.8k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa teruja melihat @justyn.ali mengemari makanan tradisi tersebut.

Dalam masa sama, ada yang memberitahu nasi kerabu atau makanan tempatan yang dijual oleh orang Malaysia mudah didapati di bandar Sydney atau Melbourne.

BACA: Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

Sumber: @justyn.ali via TikTok