Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pusat Beli-Belah Ini Sediakan Kemudahan Solat Tarawih, Program Menarik Sempena Ramadan
Bulan Ramadan kini telahpun kembali bertemu seluruh umat Islam di dunia, membawa bersamanya keberkatan dan keampunan.
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga waktu untuk memperbanyakkan ibadah, mempererat silaturahim, serta memperbaiki diri mengejar ketakwaan dan ganjaran daripada Allah SWT.
Selepas berbuka puasa, hampir seluruh umat Islam yang mempunyai waktu berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih, solat yang hanya dilakukan pada bulan suci ini.
Bagi sesetengah individu, tarawih bukan sekadar ibadah tambahan, tetapi ruang untuk bermuhasabah, menenangkan hati serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap rakaat yang ditunaikan seakan menjadi peluang untuk memperbaiki diri dan meraih ganjaran yang dijanjikan sepanjang bulan yang mulia ini.
Seperti yang umum diketahui, KL East Mall kini merupakan antara pusat beli-belah yang menjadi pilihan dan tumpuan utama warga Lembah Klang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @rusydi.official di TikTok, KL East Mall menyediakan surau tambahan bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat fardu dan tarawih, sekali gus menampung jumlah kehadiran yang ramai serta memastikan keselesaan mereka.
Surau tambahan tersebut terletak di Aras LG, berhampiran Jaya Grocer dan The Coffee Bean & Tea Leaf bagi menampung tambahan kapasiti surau sedia ada yang berada di Aras G2
Pada masa sama KL East Mall turut menganjurkan solat tarawih berjemaah setiap Sabtu & Ahad sepanjang Ramadan ini.
Seperti tahun sebelumnya, IOI City Mall turut menawarkan kemudahan eksklusif bagi memudahkan ibadah sepanjang bulan mulia ini.
Menerusi hantaran ioicitymallmy di Instagram, pelbagai kemudahan disediakan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah dengan selesa sepanjang Ramadan
Bermula dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, Musalla IOI City Mall akan mengadakan solat Tarawih setiap malam.
Dalam pada itu, beberapa program menarik turut dianjurkan seperti Infaq Ramadan, Bacaan Hadis, Sesi Tazkirah, Trivia Ramadan, Kaunter Pembayaran Zakat, Iftar Perdana dan Solat Hari Raya.
Dengan kemudahan yang disediakan di Musalla IOI City Mall, diharapkan umat Islam dapat merebut peluang untuk memanfaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya.